fbpx

Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam Untuk Peniaga Kecil

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 496Words
  • 512Views

Seumur hidup saya, tak pernah dengar lagi mana-mana bank di Malaysia atau di dunia menawarkan produk pembiayaan tanpa sebarang faedah dan keuntungan sebegini.

Ini adalah inisiatif daripada Bank Islam Malaysia Berhad, menawarkan produk pembiayaan tanpa faedah untuk usahawan mikro. Melalaui Pembiayaan Mikro BangKIT, Bank Islam menawarkan pembiayaan yang bernilai RM500 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan ke 3 tahun.

Yang paling menarik melalui produk pembiayaan ini, ia ditawarkan melalui aqad “qardhul hassan” iaitu pinjaman tanpa faedah. Jarang produk seumpama ini wujud dalam perbankan Islam.

Skim Pembiayaan Tanpa Faedah Atau Keuntungan Bank

Ya, SKIM PEMBIAYAAN TANPA FAEDAH ATAU KEUNTUNGAN BANK! Saya tulis CAPSLOCK, supaya semua baca betul-betul.

Ia betul-betul SKIM QARDHUL HASSAN, yang seingat saya, inilah kali pertama BANK KOMERSIAL ada perkhidmatan dan produk seumpama ini. Kalau salah, tolong betulkan.

Malah ia yang pertama seumpamanya di dunia! Hahaha.. Mungkin agak overclaim kenyataan ini. Tapi setahu saya begitulah. Jika kenyataan ini salah, mohon betulkan dan kongsikan maklumat jika ada mana-mana bank komersial di dunia yang menawarkan produk seumpama ubi.

(UPDATE: Selepas tulisan ini, baru saya tahu tahun lepas BSN pun ada keluarkan produk seumpama ini)

Jika bank pun boleh buat, sebaiknya kerajaan pun boleh usahakan perkara sama. Ia jaaaauuuuuuh lebih baik daripada pinjaman melalaui Syarikat Kredit Komuniti yang sudah tentu faedah yang dikenakan akan membebankan pengguna.

0% interest / faedah / keuntungan bank

  • Tidak perlukan penjamin.
  • Tidak perlukan cagaran

Wowwww!! Memang hebat! Risiko 100% ke atas bank sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang dalam masa yang ditetapkan.

Sasaran utama skim ini adalah untuk mereka yang selama ini tidak layak mendapat pinjaman bank.

Selalunya produk perbankan Islam akan disertakan sekali dengan keuntungan (atau dalam perbankan konvensional dipanggil sebagai faedah atau interest), tapi kali ini melalui Pembiayaan Mikro Bangkit, peminjam hanya perlu membayar balik jumlah yang dipinjam sahaja.

Inisiatif ini sangat dialu-alukan dalam situasi krisis Covid-19 apabila ramai rakyat yang terkesan akibat krisis ekonomi.

Ada 2 kategori peniaga kecil yang disasarkan untuk mendapatkan kemudahan pinjaman ini:

1. Peniaga baru atau start-up dengan pinjaman RM500 ke RM3,000, dan
2. Untuk tujuan perkembangan bisnes dengan pinjaman RM3,000 hingga RM20,000.

Difahamkan juga, inisiatif ini adalah susulan kejayaan dan dana daripada Sadaqa House yang dijalankan sejak 2018. Sadaqa House adalah projek yang diusahakan oleh Bank Islam untuk mengumpul dana sumbangan orang ramai secara berpusat dan diagihkan secara terancang.

Ini adalah satu lagi benchmark kejayaan perbankan Islam di Malaysia yang wajar dicontohi oleh bank-bank Islam lain. Perbankan Islam bukan sahaja menyediakan kemudahan pembiayaan untuk membantu pengguna dan mengaut keuntungan semata, malah juga menawarkan perkhidmatan yang membantu masyarakat tanpa sebarang keuntungan.

Bayangkan, jika Bank Islam yang baru berusia 38 tahun jika dibandingkan dengan bank-bank konvensional yang jauh lebih berusia, boleh mengemukakan produk sebegini, tak mustahil pada masa akan datang ia boleh dikembangkan kepada jenis-jenis pembiayaan lain.

Ia juga satu pukulan buat golongan-golongan anti-perbankan Islam yang selama ini menghina dan mengkritik mengatakan bahawa perbankan Islam adalah back-door riba. Cuba tanya golongan anti perbankan Islam itu, apa yang mereka lakukan untuk membantu meningkatkan ekonomi umat Islam?

Boleh share dan tag rakan-rakan yang memerlukan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Rashid Mohaimin   Tuntutan takaful ditolak Terjumpa…