fbpx

Pencarum KWSP Boleh Lantik ARB Sebagai Penama

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

 

Bermula Januari 2018 KWSP telah memasukkan dan membenarkan pencarum untuk melantik Amanah Raya Berhad(ARB) (satu satunya syarikat peramanahan yang dibenarkan oleh KWSP) untuk menjadi:

i) Penama kepada simpanan KWSP Ahli; dan/atau

ii) Pemegang Amanah kepada Penama Kecil yang dilantik oleh Ahli bagi simpanan di KWSP.

Pencarum KWSP boleh ke kaunter KWSP untuk melantik ARB sebagai penama .

Dimaklumkan bahawa SEHINGGA SAAT INI, ARB memberikan WASIAT PERCUMA KOMPREHENSIF bagi pencarum yang melantik ARB sebagai penama.

 

Jadi anda melantik ARB sebagai penama, anda dapat dua penyelesaian :-

1) menyelesaikan duit KWSP kepada waris tanpa mengetepikan waris faraid yang berhak

2) Dapat Wasiat Komprehensif (wasiat penuh) percuma yang mana di dalamnya anda boleh:-

a) melantik wasi/pentadbir/pemegang Amanah
b) melantik penjaga anak bawah umur ,
c) mewasiatkan tidak lebih 1/3 kepada bukan waris faraid ( badan organisasi/ masjid/ anak angkat/ anak luar nikah( bagi ayah) / kepada ahli keluarga yang bukan Islam
d)Meminta pentadbir untuk membayar semua hutang / buat Badal haji/
e) meninggalkan nasihatkan kepada waris waris supaya bertaqwa kepada Allah

Bagi pembahagian untuk duit KWSP apabila ARB dilantik sebagai penama akan diberikan mengikut :-

Bagi Penamaan yang dibuat oleh Ahli Beragama Islam wang simpanan akan ditadbirkan sebagai harta pusaka.(faraid/persetujuan pakatan keluarga)

Bagi Penamaan yang dibuat oleh Ahli Bukan Islam wang simpanan yang diterima akan dibayar mengikut arahan pembahagian Ahli tersebut.

Manakala hanya Ahli Bukan Islam sahaja dibenarkan untuk melantik AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah kepada Penama Kecil (budak bawah umur) yang dilantik oleh mereka. Ini termasuklah ahli berstatus Bukan Warganegara yang menjadi Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998 atau telah mendapat Taraf Penduduk Tetap (PR)

Kelebihan melantik penama ARB:-

1) duit kwsp dapat dibahagikan kepada semua waris faraid

2) tiada salah guna terhadap duit simati

3) tiada isu makan duit haram

4) perbalahan dan perebutan duit KWSP dapat dielakkan

5) ARB syarikat berkecuali dan tiada kepentingan kepada waris waris

Maklumat lebih lanjut berkenaan melantik ARB sebagai penama, maksud penama,fungsi dan fatwa berkenaan penama boleh klik link di ruangan komen dibawah.

.
untuk mengetahui dan mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke channel telegram saya di https://t.me/AhmadMustapha01

Ahmad Mustapha
#INFAQConsultancy
“Plan your wealth, Change your life”
019-2060180

#IsuPenamaanKWSP
#AlternatifPenyelesaianPenamaSeleweng
#PenyelesaianSelewangPenamaIndividu
#TiadaWarisFaraidAkanTeranaya
#TiadaPenamaMakanDuitHakOrangLain
#FatwaPenamaHanyaPentadbirDanWasi
#LantikPenamaAmanahRaya
#LantikARBsebagaiPenamaDapatWasiatFree
#RancangKewanganAnda
Afyan Mat Rawi #INFAQ Consultancy 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com