Pengagihan pendapatan ASB 2023 vs 2022
Pengagihan pendapatan ASB 2023 vs 2022: Nampak macam kecil, tapi besar sebenarnya.
2023: 4.25 sen seunit + 1.00 sen seunit = 5.25 sen seunit
2022: 4.6 sen seunit + 0.50 sen seunit = 5.10 sen seunit.
Nampak macam beza 0.15 sen seunit sahaja, tapi sebenarnya ada perbezaan yang sangat besar.
Sebab, pada 2022 bonus hanya untuk 30,000 unit pertama sahaja.
Sedangkan pada 2023, bonus untuk selllluurrrruuuuuh simpanan yang ada dan tidak tertakluk kepada 30,000 unit pertama sahaja sebagaimana tahun lalu.
Ayuh kita buat kiraan:
Tahun 2022: Bonus 30,000 unit pertama
Pada tahun 2022, dividen ASB adalah sebanyak 5.1%, namun bonus tambahan 0.50% hanya diberikan untuk 30,000 unit pertama sahaja. Sebagai contoh, jika seseorang pelabur ASB mempunyai 200,000 unit, pengiraan dividen adalah seperti berikut:
– 200,000 x 4.6% = 9,200
– 30,000 x 0.5% = 150
Jumlah keseluruhan dividen tahun 2022 adalah 9,350.
Tahun 2023: Pengagihan tanpa had unit
Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun 2023 tidak menetapkan had untuk unit tertentu. Pengiraan dividen bagi ASB dengan jumlah lebih dari 30,000 adalah lebih mudah:
– 200,000 x 5.25% = 10,500
Jumlah dividen tahun 2023 adalah 10,500.
Perbezaan Nyata
Jadi, berapa besar perbezaannya?
– 2022: 9,350
– 2023: 10,500
Perbezaan yang ketara ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam dividen bagi pemegang ASB
Untuk pemegang ASB dengan jumlah kurang daripada 30,000
Bagi mereka yang memiliki jumlah dalam ASB kurang dari 30,000, perbezaan dividen adalah lebih kecil tetapi tetap wujud:
– Dividen 2022 (contoh: 30,000 dalam ASB): 1,530
– Dividen 2023 (contoh: 30,000 dalam ASB): 1,575
Nampak tak?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran