fbpx

Private Mandate untuk B40?

  • 4 months ago
  • 2Minutes
  • 311Words
  • 343Views

Kalau ada 50k sebagai modal untuk pelaburan private mandate, itu bukan golongan B40 dah tu…

Jika M40 sekalipun jika ada wang sebanyak itu, perlu berhati-hati sebelum melabur.

Pelaburan private mandate adalah pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan mempunyai risiko tersendiri.

Untuk golongan B40, lebih baik fokus untuk simpanan tanpa risiko seperti Tabung Haji, AHB, ASB atau fix deposit.

Beberapa tahun lepas memang hype private mandate ni dan ramai MR dan MR palsu promote dengan cara yang misleading.

Ada yang siap janjikan pulangan bulan-bulan.

Ada yang siap galakkan pelabur buat personal loan.

Ada yang siap ajar pelabur pool duit ramai-ramai untuk cukupkan modal minima 50k.

Sebenarnya, mana-mana pelaburan pun pasti ada risiko. Jadi, perlu ada ilmu untuk kurangkan risiko.

Saya galakkan baca buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW untuk belajar basic kewangan, dan buku Financial Independence Retire Early #BukuFIRE untuk belajar yang advance.

Jika nak melabur, boleh mulakan dengan pelaburan yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah seperti unit trust, emas malah private mandate pun ada yang boleh dimulakan dengan modal 5k..

Jika sekalipun tiba-tiba dapat duit sedebuk 50k, golongan B40 tidak digalakkan untuk laburkan terus ke private mandate atau mana-mana pelaburan lain, tanpa persediaan.

Perlu mulakan dan biasakan dengan tabiat menabung dan menyimpan terlebih dahulu.

Jika menyimpan yang tidak ada risiko pun tak mampu, apatah lagi hendak melabur. .

Ibarat orang yang tidak pandai naik basikal, terus bawa motosikal. Nanti eksiden dan tersontot…

Tersontot boleh jadi di jalan yang terang dan jalan yang gelap.

Tersontot di jalan yang gelap, kena scam dengan skim cepat kaya.

Tersontot di jalan yang terang, apabila rugi dengan pelaburan yang sah tapi tak cukup ilmu untuk hadapi risiko.

Mana-mana pelaburan pun perlukan ilmu untuk memastikan pelabur untung. Pilih pelaburan yang sah dan patuh syariah.

Untuk elak tersontot, boleh belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul dan advance menggunakan Buku BMW dan Buku FIRE.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengagihan pendapatan ASB 2023 vs 2022: Nampak macam kecil, tapi…