fbpx

Pengalaman membawa kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna: Menang melawan syarikat gergasi dengan smart watch rosak

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 459Words
  • 527Views

Ada sekali tu saya komen di Group Tuntutan Tribunal Pengguna, berkongsi pengalaman ringkas membawa kes ke TTPM.

Sekali, bertalu-talu soalan bertanya sejak dari hari itu hingga sekarang, biarpun komen saya tu sejak tahun lepas lagi.

Itu belum masuk yang PM tepi. Huhu….

Pengalaman saya membawa kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna, majoriti besar 90% kes dimenangi oleh pengguna.

Keyword penting ialah “pengguna”. Pastikan kes tersebut adalah urusan berkaitan kes pengguna.

Kes saya, melawan sebuah syarikat gergasi apabila jam smart watch yang saya beli rosak kerana terkena air selepas mandi kolam.

Ketika perbicaraan, Yang Arif Hakim TTPM Tanya saya hanya satu dua soalan, sebelum tanya wakil syarikat.

Selepas ditanya, wakil syarikat menjelaskan ia adalah water resistant dan bukan water proof. Ia hanya boleh bertahan dengan kedalaman dan tekanan tertentu sahaja.

Hakim argue, bagaimana syarikat tahu saya mandi kolam berapa dalam?

Bagaimana syarikat nak ukur tekanan air ketika saya mandi?

Macam-macam yang hakim tanya kepada pihak syarikat hingga dia terdiam dan katanya akan panggil bahagian wakil lain untuk datang.

Hakim tanya balik, betul ke wakil baru tu nanti boleh bagi jawapan, wakil syarikat itu terdiam lagi.

Kemudian perbicaraan ditangguhkan ke tarikh baru.

Selepas seminggu, syarikat tersebut menghantar emel untuk gantikan yang baru dan minta tarik balik kes.

Yeah, menang!

Sesungguhnya, untuk memenangi kes tersebut mengambil tempoh yang lama dan banyak masa dibazirkan.

Dua kali sesi perbicaraan, giliran saya adalah yang terakhir. Kali pertama, wakil syarikat tidak hadir. Kali kedua baru hadir.

Insiden saya kongsikan di atas adalah ketika perbicaraan kedua. Dan nasib baik tidak jadi yang ketiga.

Setiap sesi mengambil masa hampir separuh hari untuk menunggu sebelum kes dibicarakan.

Sepanjang menunggu, macam-macam kes saya dengar dan daripada situ saya buat kesimpulan bahawa 90% kes dimenangi oleh pengguna.

  • Ada kes, pelanggan Shope tak puas hati.
  • Ada kes pelanggan bengkel.
  • Ada kes tuntut waranti macam kes saya.
  • Ada kes barangan tak sama dengan gambar.
  • Ada kes seller online. .
  • Ada macam-macam kes.

Ada satu kes yang saya ingat gagal dimenangi oleh seorang pelanggan komputer riba yang rosak. Pelanggan hendak turut ganti rugi tunai tapi ditolak mahkamah sebab komputer itu digunakan untuk tujuan perniagaan, bukan kegunaan peribadi.

Walaupun ditolak, syarikat menggantikan dengan komputer baru.

Jadi keywork penting sekiranya nak membawa kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna, pastikan ia adalah kes pengguna, bukan usahawan.

Apapun saya bersyukur kerana menang. Kalau ikutkan masa yang terbuang until membawa kes ini, sebenarnya lebih berbaloi saya beli sahaja smart watch baru. Tapi pengalaman yang saya dapat tidak bernilai.

Masih terbayang ketika perbicaraan, hakim TTPM adalah seorang wanita berbangsa Cina, dan wakil pihak syarikat juga seorang wanita berbangsa Cina.

Keadilan tidak mengenal bangsa dan jantina.

Pertama kali berpengalaman “Cina sama Cina bergaduh, Melayu tepuk tangan”. Hahaha… Gurau sahaja.

Mungkin lebih tepat, wanita dengan wanita bergaduh disebabkan seorang lelaki.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramainya yang kena tipu... Modus operandi dia macam ni. 1.…