fbpx

Pengalaman Membeli di FINGO

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 216Words
  • 404Views

FINGO?

Saya kongsikan kembali apa yang ditulis oleh Ustaz Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah di page muamalat.my pada 8 Januari 2020.

Teringat artikel “batu-bata” yang pernah Dr Sufyan tulis dan diserang hebat oleh geng-geng MLM.

Dengar khabar ada platform jual beli dalam talian yang hangat seperti lazada dan shopee yang baru.
Fingo, katanya hebat.

Saya cuba try cari barang yang saya nak beli. Nak cuba pengalaman membeli online, mana tahu lebih best dari lazada, lelong, shopee atau pgmall.

Mula-mula masuk, loading slow sangat. Nyut, nyut…

Tapi search barang, tak ada.

Search barang basic diapers budak2, tak ada jenama biasa.
Search makanan kucing, tak ada.

Akhir sekali cuba phone yang hebat tapi tanpa Google Services, Huawei Mate 30 Pro…
Search huawei mate 30 pro…

Lihat gambar yang keluar. Baju, phone lain. Klik…. Slow loading..

 

Kesimpulan:

Pengalaman peribadi saya pertama kali guna app ini

SANGAT TIDAK MEMUASKAN (lembab, tidak intelligence seperi platform lain)
Barangan sangat terhad (mungkin sebab baru)
– jika ada pun, tidak murah dan tiada persaingan seperti dalam platform lain.

Jadi apa yang menyebabkan fingo dikatakan platform jualan online hebat?

Adakah kerana tawaran PS bernilai RM199 itu? Hmm.. Bab ini saya ulas kemudian.

Sekadar berkongsi pengalaman cubaan membeli di fingo.

Mungkin ada sesiapa yang ada pengalaman berbeza boleh comment?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini Abe Nazz Zain, seorang group leader sedang meningkat naik di…