Pentaksub Yang Melampau
Tidak setuju dengan tindakan doktor yang memfitnah, BUKAN bermakna kita menyokong aktiviti doula dan anti vaksin.
5 orang anak saya dilahirkan di hospital dan semuanya follow jadual imunisasi kebangsaan.
Jangan jadi bangang macam sesetengah macai politik “either you with us, or against us”, yang hanya taksub terhadap kumpulan.
Hidup ini bukan hanya ada hitam dan putih. Tidak bersama hitam atau putih, bukan bermaksud kita kelabu. Ia mungkin merah, hijau, biru, oren dan lain-lain warna.
Kita ada akal yang waras, buat penilaian sendiri. Ya, kita sokong para doktor dan ahli farmasi dalam bidang perubatan untuk membasmi scammer kesihatan, doula yang tak bertauliah dan owner produk-produk sampah yg overclaim.
Namun dalam masa sama kita turut menentang perbuatan memfitnah, memaki hamun, menghina orang lain, berlagak suci dan cyberbully.
Apa beza scammer kesihatan yang buat overclaim dengan doktor yang melawannya tapi buat fitnah?
Apa beza scammer yang menyebabkan mangsa kerugian beribu-ribu dengan cyberbully yang menyebabkan mangsa murung dan bunuh diri akibat dihina?
Taksub melampau menyebabkan kita hanya sokong kumpulan kita sahaja. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, kita canangkan bahawa kita berada di pihak yang benar. Tapi apabila mahkamah tidak berpihak kepada kita, kita tuduh hakim macam-macam. Sebijik perangai macai parti politik.
Walhal, sudah pernah pun kes scammer kesihatan yang kalah apabila cuba membawa kes fitnah oleh seorang ahli farmasi.
Mahkamah sama yang menolak saman fitnah seorang scammer kesihatan terhadap ahli farmasi kerana tak cukup fakta, mahkamah sama juga yang menerima saman fitnah terhadap seorang doktor kesihatan apabila cukup fakta.
Dalam perundangan Malaysia, pihak yang kalah masih ada peluang untuk bawa kes ke peringkat yang lebih tinggi. Usahakan ke arah itu utk bersihkan nama.
Status kita selaku influencer, bukan lesen untuk kita rasa suci dan tinggi diri sehingga tergamak untuk memfitnah. Saya tak mengata orang lain, tapi kepada diri sendiri yang kini ada lebih 100,000 followers.
Terima kasih kerana sudi follow saya. Jika ada salah silap, saya sedia ditegur. Atas dasar itu saya tak blok mana-mana pihak yang kritik saya di ruang komen selagi mana gunakan FB original.
Saya dah melawan scammer sejak awal menulis di blog dan Facebook. Bukan setakat kena maki, malah kena doa qunut nazilah, kena saman, malah ugutan fizikal pun pernah.
Itulah namanya perjuangan. Ia bukan sekadar menulis di FB dalam bilik aircond di sebalik page palsu.
Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Saya pernah umumkan saya pencen tapi ia sebenarnya untuk mengaburi mata sang scammer. Perjuangan saya untuk memandaikan bangsa cerdik kewangan dan membasmi scammer masih berjalan.
Saya tak ada NGO di belakang saya. Saya juga tak perlukan page palsu untuk menyokong saya. Semoga Allah berkati perjuangan ini.
Ayuh kita melawan scammer tanpa perlu memfitnah dan bersembunyi di sebalik FB palsu.
Baca sampai habis ke?
Alang-alang baca, saya nak promote buku terbaru saya #bukuBMW. Ini antara sebahagian perjuangan saya.
Topik ini antara yang saya sentuh dalam buku Bijak Merancang Wang ini. Klik di sini dan anda akan dapat belajar kewangan secara bermodul.
Ada 7 modul bermula daripada aliran tunai, pengurusan aset dan hutang, simpanan, perlindungan, pelaburan, penyucian harta dan pewarisan. Klik di sini
UPDATE sikit,
Saya promote buku di posting FB saya sendiri, bukan spam dekat posting orang lain. Saya tak ada NGO yang kutip derma untuk menampung perjuangan saya, juga tak ada page palsu yang menyokong saya. Dah yang tak puas hati kenapa? Hahaahah…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran