fbpx

Special Force: Anarchy – Drama melayu yang menarik dan penuh kejutan

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 452Words
  • 392Views

Berkali-kali saya refresh Disney Hotstar daripada tadi, baru tahu rupa-rupanya siri Special Force: Anarchy dah habis.

7 episod sahaja drama bersiri ini. Saya sangat teruja nak ikuti drama ini saban minggu, dan agak kecewa ia hanya 7 siri. Rasa macam tergantung pula di hujungnya. Jadi saya harap ada sambungan musim kedua.

Saya bukanlah peminat drama Melayu. Yang menjadi tarikan untuk menonton ialah M. Nasir sebagai watak utama dan beliau menjadi villian yang anti-hero, melawan pihak berkuasa.

Seumur hidup, ini kali pertama saya langgan TV berbayar, semuanya gara-gara Ejen Ali. Kalau bukan disebabkan Ejen Ali, memang saya tak langgan sebarang siaran TV berbayar, atas desakan anak-anak asalnya.

Drama bersiri Melayu

Drama ini adalah Melayu yang kedua saya tonton sampai habis daripada episod pertama, selepas Kampung People. Tapi Kampung People saya tonton musim pertama sahaja. Masuk musim kedua, macam dah tak menarik dan merapu.

Siri Ejen Ali memang saya ikuti daripada musim pertama sehingga musim ketiga. Ia satu-satunya animasi Malaysia yang saya tonton setiap musim. Siri Upin Ipin dan Boboiboy saya layan masa musim-musim awal sahaja, dan selebihnya di layar perak.

Berbalik kepada drama ini, bagi yang belum tonton, jalan cerita drama ini berbeza daripada tipikal drama kepolisan terbitan Skop Production.

Konflik dan jalan cerita yang dibawakan juga, belum pernah ditampilkan dalam mana-mana filem atau drama Melayu. Ia berkaitan dengan konspirasi yang mirip illuminati yang dikatakan menguasai dunia.

Awas posting ini ada spoiler. Jangan sambung baca kalau belum menonton dan berhajat untuk menonton dan tak suka spoiler.

Drama ini berkisar tentang pasukan polis di sebuah negara fiksyen, Tenggara yang menyiasat sebuah kumpulan pengganas bernama Anarchy.

Kumpulan Anarchy yang diketuai oleh Umar lakonan M Nasir. Nama “Umar” untuk seorang penjenayah dan pengganas dan dilakonkan oleh M Nasir inilah yang menjadi tarikan pertama saya menonton drama ini.

Saya kira ia sangat menjadi sebagai ketua pengganas yang sebenarnya adalah orang baik. Watak ini mungkin inspirasi oleh Osama Ben Laden.

Umar dan Anarchy sebenarnya melawan sistem di dalam negara itu yang dikuasai oleh kumpulan illuminati Azazeel.

Ada beberapa plot twist yang saya betul-betul teruja, antaranya apabila pegawai polis yang ditugaskan menyiasat dan melawan kumpulan ini adalah anak kandung Umar!

Langsung tak boleh jangka.

Babak pasukan Anarchy menceroboh masuk bangunan HQ Polis Tenggara juga sangat mengujakan. Juga babak mereka merompak bank juga sangat menarik.

Ada yang kata ia mirip Money Heist, saya no komen sebab tak tonton.

Paling best juga babak-babak terbongkarnya ejen-ejen Azazeel yang terdiri daripada Presiden negara, menteri, komando polis, peguam, pemilik bank sehingga juga penyokong Anarchy yang juga sebenarnya adalah ejen Azazeel.

Selain mama Umar, nama Azazeel yang dipilih juga unik.

Saya harap disegerakan musim kedua, sebelum saya tamatkan langganan Disney Hotstar ini 😆

Itu sahajalah review saya. Ada sesiapa nak tambah?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Mentega Terbang diterbitkan sejak 2021, kenapa tak bantah????" komen seorang…