fbpx

Mengubah mindset dan menambah ilmu kewangan: Langkah pertama ke arah pelaburan yang lebih baik

  • 10 months ago
  • 7Minutes
  • 1287Words
  • 121Views

Zaman pulangan TH tinggi 5% – 6% sudah berlalu.

Kali terakhir ialah untuk tahun kewangan 2017, dengan hibah tahunan 4.5% dan hibah haji 1.75%.

Barang lepas usah dikenang…..

‼️ AWAS ARTIKEL INI PANJANG DAN SANGAT MENYENTAP PERASAAN BAGI YANG MUDAH KOYAK.

‼️‼️ KALAU MALAS BACA SEMUA, SKIP KE HUJUNG POSTING, SAYA BUAT RINGKASAN DALAM BENTUK POINT BERNOMBOR.

Nak baca? Fasten your seat belt.

Selepas itu tahun 2018, hibah TH paling rendah dalam sejarah iaitu 1.25% diikuti 3%++ bermulanya 2019 hingga yang terkini 2022 dan tiada lagi hibah haji sejak itu.

Ada yang kata tak berbaloi dan bercadang untuk mencari instrumen pelaburan lain yang lebih tinggi pulangan.

Jika anda sedang berkira-kira untuk cari instrumen pelaburan lain yang memberi pulangan lebih tinggi berbanding TH, ini nasihat ringkas saya:

“Berhati-hati di jalan raya….”

Mulakan dengan mencari ilmu-ilmu kewangan terlebih dahulu sebelum mencari peluang pelaburan.

Silap gaya, boleh tersontot. Sama ada tersontot di jalan yang terang atau di jalan yang gelap.

Dalam banyak situasi, sebenarnya duit yg kita ada dlm TH, ASB, bank atau KWSP, lebih baik kekal di situ drp dilaburkan di instrumen yang kita tidak tahu hujung pangkal.

Apabila kita terdesak untuk mencari peluang untuk pelaburan, kadang kita melebur, bukan lagi melabur.

Apabila melabur dengan emosi, kita sering kali terpukau dan tersilau dengan tawaran pelaburan yang muluk-muluk.

Tidak dapat dinafikan ada sangat banyak peluang pelaburan yang pernah memberikan jauuuuh lebih tinggi daripada tabung haji seperti dalam pelaburan saham, private mandate, unit trust, FCPO, kripto, hartanah, emas, dan seumpamanya

Pelaburan-pelaburan yang saya sebutkan di atas memang ada yang pernah dan ada potensi untuk menjana keuntungan berkali-kali-kali ganda berbanding Tabung Haji yang hanya 3%.

Saya yakin anda akan terbaca iklan-iklan tawaran pelaburan yang membandingkan dengan pulangan Tabung Haji dengan instrumen yang mereka tawarkan. Tak mustahil juga akan ada yang mempromosi takaful sebagai instrumen pelaburan, membandingkan dengan Tabung Haji 😂

Namun sebenarnya, bukan instrumen kewangan anda yang kena berubah, tapi mindset anda yang perlu berubah terlebih dahulu.

Jika mindset anda untuk mencari pelaburan dengan pulangan tertinggi, percayalah ia juga datang dengan risiko yang tinggi.

Jika anda mahukan pulangan 30% ke 50% setahun, tanya dulu diri anda adakah anda bersedia untuk menerima risiko kerugian 30% ke 50% setahun? Jika jawapannya TIDAK, eloklah anda back off terlebih dahulu.

Kukuhkan simpanan di Tabung Haji terlebih dahulu. Kukuhkan simpanan kecemasan minima 3 bulan gaji terlebih dahulu sebelum melabur.

Dalam tempoh membina sana kecemasan itu, tambahkan sekali ilmu-ilmu kewangan.

Kelak apabila bersedia, melaburlah dengan ilmu dan modal daripada lebihan wang kecemasan tadi.

Hartanah, saham, unit trust, kripto, FCPO, termasuk takaful – semua ini adalah alat, instrumen dan produk dalam kewangan.

Ia tidak memberi sebarang jaminan terhadap pelanggan atau penggunanya.

Ada orang boleh untung besar dengan hartanah. Ada orang rugi besar disebabkan hartanah.

Ada orang dapat wang besar selepas melabur dalam saham. Ada orang jatuh bankrap sebab silap melabur dalam saham.

Ada juga orang yang boleh dapat untung dengan unit trust. Ada orang yang tak pernah untung dalam pelaburan unit trust.

Ada orang pernah dapat untung besar dalam pelaburan kripto. Ada orang sedang rugi besar dalam kripto

Ada orang dapat pulangan menguntungkan melalui emas, tapi ada juga yang terjadi sebaliknya.

Takaful? Ia bukanlah instrumen pelaburan. Jika ada yang kata begitu, bisikkan ke telinganya ucapan “#nerakawang“.

Ketahuilah bahawasanya, dalam mana-mana pelaburan, orang yang untung besar adalah golongan minoriti. Majoriti hanya balik modal atau lebih teruk, rugi.

Mengapa? ILMU yang membezakan meraka.

Ilmu inilah yang akan menentukan MINDSET dan HABIT kewangan seseorang. Dengan ilmu jugalah yang akan mengubah mindset dan habit kita. Apabila mindset berubah, tindakan kita akan turut berubah. Akhir sekali, hasil pun akan berubah!

Dalam banyak situasi, saya berani katakan, sebenarnya kekal wang anda di TH, ASB, bank atau KWSP adalah lebih baik berbanding kita keluarkan ke mana-mana instrumen lain, tanpa persediaan ilmu.

Majoriti rakyat Malaysia, masih rendah literasi kewangan.

Buktinya boleh lihat statistik jumlah simpanan rakyat Malaysia, jumlah KWSP rakyat Malaysia, kadar muflis di kalangan orang muda Malaysia dan sebagainya.

  • ⚠️ 75% rakyat Malaysia tak ada simpanan, hatta RM1,000 jika berlaku kecemasan.
  • ⚠️ 60% pencarum KWSP habiskan wang tabungan KWSP dalam masa 3 tahun selepas pencen.
  • ⚠️ 60% orang yang diisytiharkan muflis adalah dari golongan muda.
  • ⚠️ 80% yang keluarkan duit KWSP untuk pelaburan, dapat pulangan sama atau lebih rendah dari pulangan KWSP.

Apa maknanya? Maknanya jika kita ikut apa yang majoriti buat, kita akan jadi macam yang terjadi kepada majoriti.

Jadinya, kita kena buat apa yang majoriti tak buat. Apakah ia? Carilah sendiri. Kalau saya beritahu, nanti majoriti buat 🤣

Itu hanya sebahagian statistik tentang literasi kewangan rakyat Malaysia.

Tak masuk lagi statistik rakyat Malaysia kena sontot.

Kita tak mampu pun nak ubah pulangan TH supaya jadi 15% – 6% ke atas macam dulu-dulu.

Ubah kerajaan pun kita dah buat, tapi nampaknya macam lompat daripada mulut Loki, masuk ke mulut Thanos.

Keluar daripada mulut Thanos masuk pula ke mulut Kang The Conquerer. Lepas tu boleh pulang Kang berpakat dengan Loki. Kemudian kita lompat balik ke mulut Thanos, dia pula berpakat balik dengan Loki.

Jadinya kita jadi macam biduk catur catur sahaja.

Takkan nak tunggu Imam Mahdi turun?

Nak tak nak, kena tambah ilmu. Ia perkara yang kita boleh kawal. Bukan tukar dari Tabung Haji ke instrumen lain dulu. Bukan tanya nak invest dekat mana.

Analogi mudah macam ni la:

Antara kereta Viva dan kereta racing, mana lagi laju? +

Sudah tentu kereta racing. Nama pun racing. Tapi kalau kereta racing tu diberi kepada orang yang baru belajar naik basikal, berapa jauh dia ia boleh pergi? Berbanding dengan kereta Viva, dibawa oleh Michael Schumacher, berapa jauh ia boleh pergi?

Agak-agak kalau Viva diberi kepada Michael Schumacher, lumba dengan kereta racing dipandu oleh budak yang baru belajar naik basikal, siapa menang?

Tuan-Puan boleh agak apa jawapannya.

Sama la juga macam instrumen-instrumen kewangan yang ada di Malaysia. Ada Tabung Haji, ada ASB, ada FD, ada unit trust, ada saham, ada hartanah, dan macam-macam jenis pelaburan yang lebih kompleks seperti ETF, sukuk, deriavatif dan segala macam mak nenak jenis pelaburan yang kalau sebut pun mungkin ada yang tak pernah dengar.

Setiap satu ada risiko dan kos tersendiri. Paling tidak kos tidak langsung iaitu inflasi yang sentiasa memakan nilai duit kita.

Jadi, bukan instrumen / produk / alat kewangan yang kita kena ubah dahulu.

Kita kena ada KESEDARAN untuk BERUBAH. Kesedaran itu datang daripada ILMU.

Dulu kita salahkan Najib. Najib dah jatuh. Sekali dengan TH / ASB terus jatuh lepas beliau jatuh.

Nak salahkan siapa pula selepas ini? PMX sebab tak pandai urus kewangan negara? Muhyiddin, sebab dia benarkan pengeluaran KWSP dulu hingga wang negara jadi susut? Rafizi, sebab tak pandai jadi Menteri Ekonomi? DAP? PAS? Mira Filzah? Hannah Delisha? Anna Jobling? Sophia Albarakhbah? Wakanda? Hydra?

Kalau betul mereka bersalah, apa boleh kita buat? Nak ubah?

Ya, perubahan perlu dibuat. Tapi siapa?

Sebenarnya, ada satu benda yang kita boleh ubah dengan segara. Ubah diri kita sebelum nak ubah benda lain.

Ubah mindset dan habit kewangan kita.

Kita boleh ubah buku yang kita baca. Kita boleh ubah video-video yang kita selalu tonton. Kita boleh ubah akaun medsos siapa yang kita nak follow dan ikuti posting mereka. Antaranya FB ini. Ehem, ehem.

Semua tu tak perlu modal dan kos besar pun.

Ingat, apa yang berlaku hari ini dalam hidup kita adalah berpunca daripada tindakan yang pernah kita buat suatu ketika dahulu.

Dan tindakan yang kita buat hari ini, akan menentukan apa yang akan berlaku pada diri kita suatu ketika nanti.

Saya tulis panjang-panjang ni, baca sampai habis gak?

Kalau malas baca semua, baca summary tulisan saya ni;

1. Nak ubah pulangan TH? Tak boleh.

2. Jadi, kita kena ubah mindset dengan tambah ilmu kewangan.

3. Lepas mindset berubah, maka habit dan tindakan pun akan berubah.

4. Apabila tindakan berubah, maka hasil pun akan berbeza.

5. Kita tak boleh nak ubah pulangan TH, tapi kita ada peluang utk dapatkan pulangan yang lebih tinggi dari TH

Mulakan dengan ILMU.

Dan janganlah expect, hari ni belajar ilmu, esok lusa dapat untung riban-riban?

Takkanlah hari ini kahwin, esok dapat anak? Eh…

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ada update status yang berbunyi "Cara pelaburan saya sangat…