fbpx

Pusaka | Baitulmal Terima Harta Pusaka?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 473Words
  • 936Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

PUSAKA | BAITULMAL TERIMA HARTA PUSAKA ⁉️

Cerita pagi ini , semasa sarapan satu whasapp masuk ke phone yang perkenalkan diri sebagai Amir Beliau bertanyakan berkenaan perkataan baitulmal di dalam sijil faraid arwah ayah angkatmya

Jadi hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit berkenaan BAITULMAL.

PERTAMA

Adakah anda pernah mendengar perkataan Baitulmal ⁉️

Adakah anda tahu bahawa baitulmal juga ada hak keatas harta peninggalan simati mengikut beberapa keadaan ⁉️

Untuk makluman, Di dalam pentadbiran pusaka Harta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan-keadaan berikut:

  1. Tiada ahli waris yang berhak menerimanya
  2. Ahli waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki harta pusaka
  3. Harta si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa
  4. Tiada ahli waris langsung.
  5. Wasiat dari simati kepada Baitul Mal (jika ada tertakluk sepertiga dari jumlah harta pusaka)

Untuk no 1️⃣2️⃣3️⃣4️⃣ adalah hak baitulmal yang patut dapat padanya dan tidak dapat dielakkan. Yang ke 5️⃣ adalah pilihan kepada pewasiat semasa hidupnya untuk memberikan harta pusakanya ketika mati kepada baitulmal.

SITUASI
Contoh situasi yang di alami oleh Amir
Suami aka atau ayah angkat Amir meninggal

Harta pusaka – Rumah nilai RM300,000

Waris simati bersama bahagian dan pecahan hak masing masing keatas rumah tersebut

Isteri -3/24 – RM 37,500.00
Ibu- 4/24 – RM 50,000.00
Anak Perempuan- 12/24 – RM150,000.00
BAITULMAL- 5/24 (baki pusaka sebab tiada waris lain)- RM 62,500.00

Persoalan
Bagaimana cara jika waris ( isteri/ibu/anak) ingin kan harta pusaka tersebut hanya dikalangan mereka iaitu tidak memasukkan nama baitulmal keatas geran rumah tersebut ⁉️

Pertama
konsepnya kita Kene tahu bahawa baitulmal ada hak keatas rumah tersebut iaitu 5/24 bahagian. Hak BAITULMAL ini tidak boleh dinafikan.

Kedua
cara asal pembahagian keatas rumah tersebut .
– memasukkan atau memindahmilik daripada nama simati kepada nama di dalam faraid (semua nama waris + baitulmal) ke atas geran simati tersebut

Berbalik kepada soalan diatas
Jika waris bercadang untuk mengeluarkan nama BAITULMAL daripada geran tersebut ada beberapa langkah waris boleh buat ( ingat Baitumal tetap ada haknya keatas pusaka tersebut )

(1) Pergi berjumpa dengan bahagian baitulmal negeri masing masing untuk berbincang serta memaklumkan hasrat tersebut

(2) Kebiasannya bahagian baitulmal mencadangkan untuk waris membuat pertukaran dengan MEMBAYAR TEBUS BAHAGIAN hak baitulmal (5/24) dengan TUNAI iaitu sebanyak RM62,500.00
(* semuanya terpulang atas budi bicara baitulmal dan keputusan keatas pebincangan tersebut )

Persoalan dan ISU
Dimanakah waris ingin mendapatkan duit tunai sebanyak RM62,500 terutamanya jika isteri pada asalnya adalah suri rumah sahaja dan tiada pendapatan ⁉️

Adakah anda telah menyediakan satu DANA PANTAS kepada isteri atau ahli keluarga jika ditimpa musibah iaitu kematian ⁉️

CADANGAN SOLUSI:
Saya mencadangkan satu solusi atau satu penyelesaian daripada BANYAK – BANYAK solusi dalam menyediakan atau meninggalkan satu jumlah tunai secara cepat kepada pasangan anda.

Dengan Serendah RM89, berumur 30 tahun anda dan pasangan boleh menyediakan DUA POLISI perlindungan dengan KESELURUHAN pampasan perlindungan sebanyak RM400,000 (RM200,000 suami + RM200,000 Isteri ) dan pampasan itu dihibahkan kepada pasangan anda.

Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy
Cakna Pusaka

#PentadbiranPusaka
#Baitulmal
#BaitulmalBerhakKeatasPusaka
#TebusBahagianDenganTunai
#Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada seorang usahawan yang kaya raya, sebelum meninggal dunia telah…