Perancangan Kewangan Suami Isteri
Dipetik dari FB Hamka (Kereta Mayat)
15 Step Perancangan Kewangan Suami Isteri oleh pakar Kewangan, Afyan Mat Rawi No 13 amat mengejutkan, mungkin satu dalam sejuta sahaja!
(Dalam kurungan adalah apa yang saya amalkan)
1. Ia bermula sebaik sahaja memulakan perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama.
(Betul! Saya target kahwin paling lewat umur 25 tahun, dan saya dapati kos kahwin perlukan RM10 ribu paling kurang, maka saya perlu menyimpan RM500 sebulan selama dua tahun, untuk itu gaji saya tak boleh beli kereta baru, jadi saya beli kereta second Hand sahaja dan Alhamdulillah, dapat kahwin waktu umur 25 tahun tanpa berhutang)
2. Rancang majlis perkahwinan dengan kos yang bersesuaian dan bukan ikut trend atau fikir apa kata orang. Jauhkan dari berhutang. Pedulikan kata-kata pakcik dan makcik bawang. Biar majlis tak grand, asal tak berhutang.
(Saya buat majlis agak besar, jemput semua orang kampong, tapi takde bersanding bagai, takde silat, kompang, renjis mawar semua takdr, bajet cukup untuk mas kahwin, dan kenduri sahaja serta sedikit sewaan bas, penginapan, dan lain lain)
3. Selepas berkahwin, boleh mula menabung untuk beli rumah pertama, bukan untuk beli kereta pertama. Selalu berlaku, tak dapat beli rumah sebab duit dah habis banyak untuk ansuran dan maintenance kereta. Jadi, rancang untuk beli rumah dulu baru beli kereta, bukan sebaliknya. Pastikan installment rumah lebih rendah oleh kadar sewa.
(Betul, tapi saya dah beli rumah pertama teres tengah pada waktu bujang lagi sebab saya takde komitment bulanan kereta, jadi rumah pertama ni tak perlu besar, cukuplah bila kita pindah, harga sewa lebih tinggi dari bulanan Bank, terima kasih kepada kawan yang nasihat beli rumah dulu zaman tu, dan terima kasih kepada kawan yang puji saya beli kereta buruk dahulu-Note: jika kawan kau kutuk kereta buruk, tak payahlah buang masa berkawan dengan orang macam tu)
4. Tak perlu malu kalau rumah pertama ialah rumah pangsa. Ia jauh lebih baik dari menyewa sampai tua. Lepas ada rumah pertama, kita akan bernafsu untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Masa tu tak kisah pun kalau pakai kereta buruk sahaja.
(Betul, bila kahwin, rumah lebih penting dari kereta, lalu lama kelamaan, saya mampu beli rumah lebih besar dan pindah, rumah lama saya pernah buat Homsetay tapi rugi, jadi sekarang hanya sewakan, rumah sekarang walau terkurung waktu PKP, sangat best sebab rumahku syurgaku, bukan keretaku syurgaku, take note!)
5. Pilih kenderaan yang sesuai, fungsinya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau baru berdua tak perlu sampai pakai MPV. Harganya jangan lebih setahun gaji.
(Setuju, saya beli MPV bila anak dah lima orang, sebelum tu pakai kereta Wira Sedan sahaja, lagi susah saya beli waktu PRU, semua penyokong kerajaan dan pembakang cakap saya bodoh beli kereta waktu PRU sebab nanti parti mereka menang, harga kereta turun separuh, mujur saya tak dengar cakap penyokong politik-Woha!)
6. Gabungkan gaji bersama untuk rancang kos kehidupan berkeluarga. Bahagikan ikut formula 30% untuk belanja isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.
(Hidup untuk berkongsi, saya dan isteri kumpul harta sama sama, dan masing masing istiharkan harta, saya jadi PM dan Menteri Kewangan, Isteri jadi Penolong Mneteri Kewangan, dan Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga, setiap perbelanjaan adalah melalui mesyuarat, maka dapatlah nikmat hidup melancong sana sini, dan lain lain walau ada waktu sukar…)
7. Pastikan perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih dari 30% setiap satu atau maksima 60% kombinasi kedua-duanya. Ekstra 5% sebagai tambahan jadi 65%. Jika dari awal dapat susun, makin lama makin mudah.
(Okey yang ni saya kantoi, hutang saya banyak, maka untuk itu saya buat kerja sambilan di rumah seperti, Jual tanjak, Jual Buku, Menulis, berceramah, Youtuber, dan banyak lagi, tapi oleh sebab kerja sambilan saya banyak di rumah, maka kerja sambilan saya tidak mejejaskan cinta sebab anak bini semua depan mata, Alhamdulillah)
8. Rancang minima 30% lebihan untuk 3 perkara penting ini; 10% simpanan, 10% perlindungan takaful, 10% pelaburan. Ia perancangan sepanjang masa hingga akhir usia.
(Ini pun saya masih belajar dari Ebook Merancang Wang, baru sebahagian saya mampu buat, doakan saya)
9. Langgan takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10 tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati, polisi satu lagi jadi free. Kemudian baru rancang untuk medical card pula.
(Inipun saya masih terhegeh hegeh, aduhhhh, nak kena ulang kaji pesanan dan saranan dalam buku BIjak Mnegurus Wang)
10. Boleh mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.
(Pun sama, aduh tak start lagi ni, semoga tulisan ini jadi semangat untuk saya buat semua ini)
11. Rancangan persaraan. Dari sekarang perlu buat tabungan. Ini penting supaya kelak tua kita tidak terbeban. Boleh mula pelaburan yang paling mudah dan murah; emas dan unit trust sebelum beralih kepada yang lebih sukar dan sukar; saham dan hartanah.
(Ini saya ada buat tapi aset susah cair macam hartanah, pelan pelan saya akan cuba buat untuk asset mudah cair macam saham, doakan saya sebab entah kenapa langsung tak minat nak bersaham, aduhhhh)
12. Apabila mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan mereka. Ada banyak cara; takaful pendidikan, TH, ASB dan SSPN-I antara pilihannya.
(Alhamdulillah, yang ni saya dah buat untuk lima anak, TH dan SSPN-I, syukur berada di landasan yang betul)
13. Aset penting dalam sebuah keluarga ialah ilmu. Penuhi rumah dengan buku. Kena ada perpustakaan mini di satu bucu. Bukan TV, Astor, pinggan, mangkuk, sudu atau garfu.
(Ini dah lama saya buat, gaji pertama beli rak buku, dan tiap bulan beli buku hias rak buku, tapi sekarang saya dah kurang beli buku, sebab saya dah hias rumah saya dengan buku yang saya sendiri tulis, ada 13 tajuk! Cakap “nak” kat ruang koman nanti)
14. Jangan lupa rancang untuk pergi haji. Pastikan dah daftar dengan Tabung Haji. Daftar untuk anak-anak sekali. Semoga dapat panggilan ilahi.
(Alhamdulillah, dan daftar Haji isteri dan semua anak anak, dan jika ikut giliran tahun depan, tapi sebab Covid ni, mungkin anjak ke tahun depan satu lagi, jom pergi haji bersama kereta mayat tahun depan satu lagi!-Amin)
15. Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review” sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara berkala.
(Ini belum buat lagi.., aduhhhhh, salah diri sebab perasan sibuk)
16. Belajar ilmu kewangan secara bermodul dalam. Rujuk link pada komen
(Okey, ini saya dah buat, dan sedang fahami serta mengalami, memang menyedarkan saya yang kadang syok sendiri dengan kewangan tapi bila baca, saya masih banyak buat silap dan tak rugi jika kita merendahkan diri belajar Bijak Mengurus Wang sebab bukan semua ilmu boleh dapat macam udara.., ada waktu udara pun kena pakai alat bila sesak nafas. Jadi sesiapa yang sedang sesak duit, sangat elok baca Ebook Bijak Mengurus Wang siap dengan penerangan Video. InsyaAllah ilmu bila dipejari dengan berlapang dada akan terbuka pintu ilham kepada kebaikkan.) Boleh rujuk Komen link Bijak Mengurus Wang
Ps: Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran