fbpx

Perang dingin antara syarikat takaful / insurans dengan hospital swasta

  • 2Minutes
  • 366Words
  • 22Views

Perang dingin antara syarikat takaful / insurans dengan hospital swasta dijangka semakin memuncak.

Siapa yang menjadi mangsa? Rakyat yang menggunakan medical card

Isu-isu yang melanda

1️⃣ Kenaikan harga medical card (repricing)

Caj rawatan hospital swasta yang tinggi menyebabkan tabungan takaful menyusut.

Syarikat takaful dan insurans (ITO) terpaksa menaikkan bayaran sumbangan/premium setiap tahun untuk memastikan dana mencukupi bagi tuntutan masa depan.

Walaupun BNM menghadkan kenaikan premium maksimum 10% setahun, pengguna tetap terbeban dengan peningkatan kos.

2️⃣ Perbezaan caj rawatan – medical card vs bayaran tunai

Pesakit yang menggunakan Surat Jaminan (GL) dikenakan caj lebih tinggi berbanding mereka yang membayar secara tunai (pay and claim).

Tiada penjelasan jelas dari pihak hospital mengenai perbezaan harga yang ketara ini.

3️⃣ GL yang diluluskan tetapi kemudian ditolak

Initial GL approved, final GL declined – Pesakit masuk hospital dengan GL yang diluluskan, tetapi bila sampai ke peringkat akhir, tuntutan ditolak.

GL ditarik balik selepas discaj – Pesakit sudah menerima rawatan dan dibenarkan keluar, tetapi GL yang sebelumnya diluluskan tiba-tiba dibatalkan. Akhirnya, pesakit perlu membayar bil penuh sendiri tanpa amaran awal.

4️⃣ Siapa yang regulate harga rawatan hospital swasta?

Hospital swasta bebas menetapkan harga rawatan tanpa kawalan.

Tiada badan khas yang mengawal caj rawatan hospital swasta untuk memastikan harga lebih berpatutan.

Selagi isu ini tidak diselesaikan, pengguna takaful dan insurans akan terus menjadi mangsa kenaikan harga perubatan.

– Persatuan Hospital Swasta Malaysia atau Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM) mengeluarkan kenyataan bahawa ada di antara hospital swasta berisiko dikeluarkan daripada senarai hospital panel ITO disebabkan tidak mampu penuhi permintaan diskaun ‘terlampau tinggi’ ke atas bil pesakit.

– Apabila hospital terus mengenakan caj tinggi, ITO tiada pilihan selain menaikkan harga medical card.

– Justeru pengguna pula terpaksa menanggung beban kenaikan premium/sumbangan setiap tahun.

– Namun hospital swasta masih berdiam diri tanpa penjelasan mengenai perbezaan caj rawatan antara pengguna medical card dan pesakit yang membayar tunai.

Sampai bila pengguna perlu menanggung kesan perang dingin ini?

Adakah perlu satu badan khas yang mengawal caj rawatan hospital swasta seperti yang dilakukan terhadap sektor lain?

Kerajaan digesa untuk memperkenalkan Skim Takaful dan Insurans Kesihatan Nasional yang boleh menjadi alternatif rakyat tanpa perlu bergantung semata-mata syarikat takaful dan insurans.

Isu ini semakin serius, tapi masih belum ada penyelesaian.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seoraang ibu meluahkan rasa kecewa terhadap sistem pendidikan negara yang…