fbpx

Perasaan Bagaimana dikhianati Oleh “Sahabat”

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 255Words
  • 419Views

Membaca gambar dan tulisan Tuan Khairul Hakimin Muhammad ini sungguh mengimbau kenangan bagaimana dikhianati oleh “sahabat”.

Saya pernah mengalaminya. Malah pernah berada dalam team saya. Malah beberapa kali pinjam duit saya sebab nak survive masa mula-mula bisnes dsn pernah pinjam dalam amaun yang banyak apabila tersontot. Saya bantu seadanya.

Apabila tak puas hati dengan keputusan bisnes yang saya buat, dia maki hamun dan siap buat group khas untuk kutuk belakang-belakang.

Selepas kantoi, dia tinggalkan team dan ajak beberapa orang untuk tinggalkan sekali dengan harapan team saya akan musnah. Ada hutang yang dia taknak bayar.

Dan sampai sekarang dia tak puas hati dengan saya, malah tambah bengang apabila bisnes saya berkembang walaupun ketiadaan dia. Walaupun dia dah blok, tapi selalu juga dia ushar-ushar FB saya guna akaun isteri dia.

Tulisan Tuan Khairul, sangat tepat dengan apa yang saya alami.

“Lagi kita sukses, lagi dia berdarah.

Lagi kita tenang, lagi dia sakit.

Lagi kita tak respon, lagi dia mati.

Kawan begini memang tak suka kita dari hari pertama dia kenal kita. Dia hanya nak gunakan kita untuk kesenangan dia sahaja. Dah habis perah, dah habis guna, dia buang tepi. Dia peduli apa pengorbanan kita kepada dia semasa jadi kawan dia. Yang dia tahu ialah dia dapat semua waktu itu.

Bukan takat itu, dia terus jadi musuh dan mahu bermusuh, sedang kita hanya diamkan diri tak ada buat apa-apa. Jadi, bertahan! Terus sibuk! Tak perlu layan. Jalan terus dan fokus! Hati tenang, jiwa pun aman damai.”

Baca tulisan penuh beliau disini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Setelah sekian lama tidak solat Jumaat, alhamdulillah semalam saya dapat…