fbpx

Scammer licik atau kita yang bodoh

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 343Words
  • 247Views

SCAMMER LICIK ATAU KITA YANG Bodoh?

Kedua-duanya betul.

Kenapa scammer licik? Sebab tiada penguatkuasaaan undang-undang yang tegas terhadap scammer.

Kenapa ada rakyat yang bodoh kena tipu? Sebab tiada ilmu dan kesedaran tentang kewangan.

Jadi, selain scammer yang licik atau rakyat yang bodoh, ada 2 isu besar di sebaliknya, iaitu

1. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG LEMAH. Ini sebab scammer makin licik.

2. PIHAK BERKUASA KURANG BAGI KESEDARAN. Ini pula punca rakyat jadi bodoh kena tipu.

Ia ibarat dalam satu keluarga, anak kita kena tipu. Memang la anak tu “bodoh”, dan penipu tu licik, tapi parent buat apa? Takkan biar je anak tu kena tipu?

Saya dah lawan ratusan scammer sampai kena ugut, bonzer datang ofis, kena saman, masuk mahkamah – berapa ramai scammer yang diambil tindakan, kena penjara, dikenakan hukuman berat?

Benda ni daripada 10-20 tahun lepas, dah tukar PM dan kerajaan byk kali – tapi masih sama, tak ada tindakan tegas dari sudut undang-undang..

Apabila tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas, maka scammer semakin berani.

Kalau kerajaan tegas, akan gubal undang-undang untuk halang benda-benda macam ni.

Contoh mudah scammer yang gunakan muka-muka tokoh / selebriti /ustaz – sampai sekarang masih berleluasa. Walhal nombor telefon mereka terpampang sahaja di iklan. Boleh sahaja gubal undang-undang baru untuk membolehkan pihak berkuasa akses pemilik nombor telefon berkenaan.

Kalau kes akaun palsu yang memburukkan pemimpin negara, pihak berkuasa boleh cari dan tahan orangnya, kenapa dalam kes scam sebegini tak boleh dilakukan? Takkan nak tunggu scammer pakai gambar PM dan menteri baru boleh diambil tindakan?

Apabila ada penguatkuasaan, mudah la kerajaan nak berikan kesedaran kepada orang ramai supaya lebih cerdik.

Contohnya kes scam emas Geneva Gold. Sepatutnya kerajaan tayangkan muka-muka penjenayah tu setiap tahun sebagai peringatan.

Kemudian maklumkan apakah hukuman terkini yang mereka kena. Sejauh mana mereka betul-betul dihukum?

Dengan cara ini, barulah scammer gerun dan kesedaran rakyat bertambah.

Ia dapat atasi masalah scammer yang licik dan mangsa yang bodoh tadi.

Selagi mana tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk berikan kesedaran ilmu kewangan dan kuat kuasakan undang-undang yabgg lebih ketat, selagi itulah scammer akan lebih licik dan rakyat kekal bodoh.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara tohmahan yang biasa diberikan kepada perbankan ISLAM adalah mahal.…