fbpx

Perkembangan Terbaru McD

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 363Words
  • 522Views

Dalam status saya berkenaan McD sebelum ini, Tuan Aznur Hafeez Kaswuri berkongsi maklumat ini.

Posting saya di https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10212913925393606 dan ini komen beliau;

Silap la kalau kata McDonald’s Corporation tiada apa2 kepentingan di Malaysia & Singapura sebab mereka masih memegang jenama McDonald’s dan ada nilai perniagaan yang tinggi di situ. Ya, mereka memang telah melepaskan kepentingan pemilikan kepada Lionhorn Pte Ltd di Singapura, tetapi kepentingan terdahap lesen dan jenama McDonald’s masih dimiliki oleh syarikat induk.

Difahamkan, ada 3 strategi francais di bawah perniagaan McDonlad’s Corporation yang sahamnya diniagakan di New York Stock Exchange (NYSE):
1- Conventional franchise arrangement;
2- Developmental license (DL); dan
3- Affiliates.

Di bawah model DL sebagaimana McD di Malaysia dan Singapura, pemegang lesen (syarikat Lionhorn Pte Ltd) menyediakan semua modal untuk keseluruhan perniagaan termasuk pemilikan premis-premis. McDonald’s Corporation tidak mempunyai apa-apa sumbangan atau pelaburan dalam perniagaan, TETAPI McDonald’s Corporation mengutip royalti berdasarkan peratusan jualan dan bayaran permulaan bagi pembukaan sesebuah cawangan restoran McD yang baharu dan pemberian lesen baharu. Untuk memahami model-model francais yang lain, boleh rujuk laporan tahunan McDonald’s Corporation di United States Securities and Exchange Commission https://www.sec.gov/…/0000063908160001…/mcd-12312015x10k.htm

Di Malaysia, model DL telah dipilih sebagai STRATEGI BAHARU untuk McDonald’s Corporation mengembangkan lagi perniagaan antarabangsa mereka. Selain Malaysia, ada 70 buah negara lain lagi yang menggunapakai strategi pengembangan perniagaan berbentuk DL ini.

Sumbangan kepada Israel
Kita bersangka baik kerana belum ada bukti yang menunjukkan sokongan Liohorn Pte Ltd atau syarikat induknya, Reza Food Services (RFS) kepada Israel. Tetapi, pemilik utama jenama iaitu McDonald’s Corporation yang menerima royalti saban tahun dari semua francisee masih belum menafikan sumbangan mereka terhadap badan-badan Israel walaupun teradapat bukti-bukti sokongan mereka terhadap badan zionis tertentu.

Mengapa bertukar dari model affiliate kepada strategi DL di Malaysia?
McDonald’s untuk sekian lama terkenal dengan strategi pemasaran “think global act local”. Nampaknya McDonald’s Corporation sememangnya faham benar dengan sentimen anti-Israel di beberapa negara. Cukup dengan memperkenalkan franchisee dari Arab Saudi yang lebih mudah diterima majoriti rakyat tempatan untuk menggantikan affiliate asal mereka iaitu Golden Arches Restaurants atau Gerbang Alaf Restaurants, hasilnya ramai peminat lama McDonald’s yang teruja.
Satu strategi pemasaran yang berjaya oleh McDonald’s Corporation, United States.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahniah buat rakan-rakan perunding INFAQ dari #TeamTakaful utk tempoh suku tahunan April…