Perkembangan terkini isu hibah takaful RM1 juta yang dicabar.

  • 2Minutes
  • 275Words
  • 9Views

Perkembangan terkini isu hibah takaful RM1 juta yang dicabar.

Kes hibah takaful RM1 juta yang sedang menjadi tumpuan kini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dicabar (lagi!).

Pihak plaintif berhujah bahawa hibah takaful bercanggah dengan konsep hibah menurut undang-undang dan hukum syarak kerana rukun-rukun hibah dikatakan tidak dipenuhi.

Dari sudut kekuatan undang-undang, keluarga balu mempunyai hujah yang agak kukuh.

Ini kerana jelas di bawah Akta IFSA, hibah takaful telah diperuntukkan sebagai terkeluar daripada harta pusaka.

Difahamkan syarikat takaful turut menghantar peguam untuk membela kes ini.

Besar kemungkinan, apabila perbicaraan berlangsung kelak, penasihat syariah Bank Negara Malaysia juga akan dipanggil sebagai saksi pakar untuk mempertahankan kedudukan hibah takaful dalam sistem kewangan Islam.

Maka, persoalan sama ada hibah takaful boleh dicabar atau tidak sebenarnya sudah terjawab. Hakikatnya, ia memang boleh dicabar.

Yang lebih penting sekarang ialah sejauh mana kukuhnya ia mampu dipertahankan apabila dicabar di mahkamah.

Atas sebab itu, saya mengulangi cadangan agar syarikat-syarikat takaful mengeluarkan jaminan bantuan guaman kepada para pelanggan.

Ini bagi memastikan waris dan penerima hibah takaful tidak dibiarkan sendirian menghadapi cabaran perundangan pada masa hadapan sebagaimana kes ini pada awal dahulu sebelum ia viral.

Dari awal kes, balu berkenaan sudah menghabiskan kos guaman sudah mencecah 6 angka dalam masa beberapa tahun selepas arwah suami meninggal dunia.

Asbab ia viral, banyak pihak sudi berikan bantuan guaman secara pro-bono.

Semoga dengan kes ini, industri takaful lebih serius memperkukuhkan kedudukan hibah takaful, bukan bukan sahaja dari sudut produk dan pemasaran, tetapi juga dari sudut:

1. Pendidikan kepada pada ejen supaya tidak misleading dalam memberi kefahaman kepada masyarakat, dan

2. Dari aspek perlindungan guaman agar benar-benar dapat memberi ketenangan kepada pelanggan serta waris mereka.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment