fbpx

Insurans Rahmah : Saya ditemuramah oleh TV Aljihrah

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 343Words
  • 273Views

Terima kasih wartawan TVAlhijrah yang sudi bertandang ke pejabat saya, INFAQ Consultancy untuk menemuramah berkenaan cadangan kerajaan untuk wujudkan Insurans Rahmah.

Berikut antara beberapa point daripada interview bersama TV AlHijrah

1. Pastikan ia adalah takaful, bukan insurans konvensional. Ia seiring dengan usaha pembangunan Malaysia Madani yang digagaskan oleh PMX

2. Sebelum ini sudah ada MySalam, jadi produk takaful rahmah ini sepatutnya berbeza.

3. Saya cadangkan ia fokus kepada “medical card”, atas beberapa faktor.

4. Hospital kerajaan semakin sesak, jadi dengan adanya medical card rahmah ini dpt mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

5. Selain itu, kos medical card dan perubatan semakin tinggi, jadi kewujudan medical card Rahmah ia boleh meringankan beban rakyat.

6. Konsep seumpama ini sudah diusahakan oleh CUEPACS melalui produk Ceupacs Care, bayaran yg rendah tidak sampai seratus untuk cover medical card sekeluarga tapi ia hanya utk kakitangan awam.

7. Jadi, jika konsep CEUPACS CARE ini diperluaskan kepada masyarakat umum melalui medical card rahmah adalah lebih bagus.

8. Selain medical card rahmah, saya juga cadangkan produk takaful rahmah yg cover semua manfaat seperti kematian, sakit kritikal dan lumpuh dalam satu produk dgn harga yang betul-betul rahmah, dan berbaloi supaya lebih ramai rakyat yang melanggan.

9. Kesedaran takaful rakyat Malaysia terutama orang Islam masih rendah. Buktinya penebusan takaful hanya sekitar 17% sahaja sekalipun sudah hampir 20 tahun industri ini di Malaysia.

10. Kesedaran kewangan juga masih rendah di Malaysia, buktinya kajian menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak ada wang simpanan. Apabila berlaku krisis, ramai berharap wang KWSP.

11. Justeru dengan adanya takaful rahmah ini dpt memberi kesedaran yang lebih meluas di kalangan rakyat.

12. Ada juga ditanya semalam, mungkinkah usaha takaful rahmah ini bakal mengganggu perniagaan ejen takaful? Saya katakan tidak, malah ia memudahkan ejen takaful apabila ramai rakyat sedar kepentingan takaful.

13. Sekarang ini pun sudah ada takaful yang boleh di langgan melalui KWSP atau direct dengan syarikat, tapi peranan ejen tetap berfungsi kerana produk dan manfaat yang ditawarkan oleh tenaga ejen adalah berbeza.

14. Di akhir interview, besar harapan saya agar usaha ini berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat dan bukan sekadar gimik politik atau mengkaya syarikat insurans dan takaful sahaja.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nilai seorang KJ 1. Masa mula-mula beliau muncul di pentas…