fbpx

Perlu Ke Orang Muda Beli Rumah Atau Menyewa

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 266Words
  • 386Views

Perlu ke orang muda beli rumah atau menyewa sahaja dulu?

Baca tulisan peguam ini.

Dari Fb Salkukhairi Abd Sukor

PERLU KE ORANG MUDA MEMILIKI RUMAH SENDIRI ATAU CUKUP SEKADAR MENYEWA SAHAJA?

1. Setiap orang perlu ada perancangan dan usaha sejak dari awal untuk memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan masing-masing.

2. Walaupun menyewa itu dilihat sebagai lebih menjimatkan berbanding membeli rumah sendiri, tetapi kalau kita lihat jangka masa panjang, memiliki rumah sendiri lebih menguntungkan dan memberikan kepuasan diri sendiri berbanding menyewa.

3. Rumah yang dibeli sudah pasti nilainya akan bertambah dari tahun ke tahun. Dan seandainya suatu hari nanti kita bercadang untuk menjualnya, ianya akan memberi pulangan keuntungan kepada kita. Sedangkan sekiranya kita terus menyewa, segala bayaran sewaan tadi hanya akan menjadi milik tuan rumah sedangkan kita sendiri tidak mendapat sebarang keuntungan daripada nilaian rumah tersebut.

4. Tambahan pula penting untuk setiap individu memiliki rumah sendiri supaya waris ada tempat berteduh andai kata umur kita tidak panjang. Ini kerana setiap rumah yang dibeli kebiasaannya pembeli dikehendaki mengambil Insurans/ Takaful MRTT/MRTA. Sekiranya pembeli meninggal dunia, maka rumah tersebut akan menjadi milik waris tanpa perlu waris kita menjelaskan apa-apa bayaran pinjaman lagi kepada pihak bank.

5. Justeru, alasan berpendapatan rendah tidak patut dijadikan sebab untuk tidak memiliki rumah sendiri. Dengan perancangan kewangan yang baik di samping sedikit usaha untuk menambahkan pendapatan dan utamakan pembelian yang perlu, tidak mustahil orang muda mampu memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Lagi tips dan panduan praktikal berkaitan pengurusan kewangan untuk membeli rumah, boleh dapatkan di #SeminarBMW sekarang.

Klik cepat link berikut:

eSeminarBMW

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rabu lepas, genap seminggu program affilate #eSeminarBMW dijalankan. Ini senarai Top 10…