fbpx

Permintaan penjelasan kepada admin Bebas Hutang

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 291Words
  • 276Views

Kepada Cikgu June yang juga admin page Bebas Hutang

1. Terima kasih screenshot posting saya tapi blok saya daripada memberi komen, dan kemudian di bahagian komen menulis berkenaan saya sesama followers.

2. Jika benar Admin bukan daripada bangsa anti bank Islam, saya sangat bersyukur dan tak ada masalah langsung untuk membetulkan kenyataan terdahulu dan meminta maaf secara terbuka.

3. Tapi kenapa pada 13 Ogos 2022, Admin pernah menulis

“Bla kite lihat betul2. Kite sedia tahu dalam islamic loan ada juga interest(riba). Cuma kite di kaburi dengan ada nya AKAD.

Di mana document islamic loan agreement tertulis yg bank ‘MEMBELI’ rumah tersebut dgn harga sekian dan ‘MENJUAL’ semula ke kite dengan harga sekian. Di situ ada ‘AKAD’ jual beli yg berselindung di sebalik ‘PINJAMAN”

4. Juga pada 26 April 2021, admin juga pernah membuat posting denhan meletakkan gambar iklan cashback sebuah perbankan Islam dengan caption:

“Sebab biasanya manusia akan terbabas pakai kad kredit. Terbabas pakai, bayar minimum jer, uishhh tiap bulan kena bayar interest tinggi (riba), so bank dapat untung dari interest ini”

Gambar ke 2

Gambar ke 3

(Rujuk gambar kedua dan ketiga untuk tulisan penuh yang saya screenshot)

5. Apabila admin screenshot tulisan saya tapi dalam masa sama blok saya daripada memberi komen, nampak agak bacul di situ.

6. Alang-alang Admin posting pasal saya, nak tanya sikit pula berkenan Admin. Kenapa FB Personal admin beberapa kali berubah nama? Mula-mula pakai nama Cikgu June Mohd Som, kemudian tukar kepada June Melur dan sekarang pakai Mahfuzah Muhammad.

Akhir kata, saya menarik balik tulisan yang mengatakan bahawa Admin Page Bebas Hutang adalah daripada bangsa anti bank Islam dan dalam masa sama menuntut untuk berikan penjelasan di atas.

Jangan risau, saya tak pernah blok FB Bebas Hutang atau pun adminnya. Jadi, mereka boleh komen di sini.

Afyan Mat Rawi


Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sad but true... Data ini memberikan rasional kenapa pengeluaran KWSP…