fbpx

Menjaga dana hari tua: Realiti pengeluaran KWSP yang meninggalkan impak pada masa depan

  • 11 months ago
  • 1Minute
  • 163Words
  • 118Views

Sad but true…

Data ini memberikan rasional kenapa pengeluaran KWSP buat kali terakhir sukar dilaksanakan.

Saya taknak kaitkan isu ini dengan politik.

Dari dulu lagi banyak kali saya peringatkan, KWSP untuk hari persaraan di hari tua. Jangan keluarkan wang KWSP untuk perkara yang kita sendiri tak faham. Fakta menunjukkan hanya 20% yang keluarkan KWSP mendapat keuntungan melebihi kadar keuntungan KWSP.

Pada zaman PM Abah TSMY apabila dibenarkan pengeluaran KWSP, saya pernah berikan peringatan bahwa KWSP adalah untuk hari tua, jangan mudah-mudah untuk keluarkan.

Dan kemudian mendapat kecaman.

Masuk zaman Pak Long DSIS nada saya masih kekal, dan menerima kecaman.

Kali terakhir seminggu dua lepas di zaman PMX pun, pendirian saya masih sama; KWSP untuk hari tua, jangan bermudah-mudah untuk pengeluaran, sekali lagi dikecam hebat.

Dalam masa sama, saya faham ada yang benar-benar-benar-benar terdesak perlukan wang. Jika kerajaan nak buat u-turn, saya cadangkan ia bukan lump sum sebagaimana sebelum ini. Bagi secara beransur-ansur supaya ia betul-betul digunakan sebaiknya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya perkara ini takkan terjadi jika Cikgu June yang juga…