Persediaan Seorang Bakal Suami

Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq

PERSEDIAAN SEORANG BAKAL SUAMI

Semalam Harith Faisal dah listkan 14 persediaan untuk bakal pengantin lelaki.

Saya ringkaskan dan buat dalam bentuk infografik untuk orang macam saya yang suka tengok gambar.

Yang single tu sangatlah wajib baca.

1. Tabung kahwin

Kalau tak ada tabung kahwin, nak kahwin guna duit siapa.

2. Kos Majlis Kahwin

Rancang dengan bakal isteri berapa kos untuk majlis dua-dua belah. RM30K ke, RM20K ke. Sekarang pkp ni banyak dapat jimat tau.

3. Rumah atau kediaman yang selesa.

Rumah atau tempat berteduh. Beli atau sewa pun tak ada masalah. Yang penting selesa untuk isteri nanti.

4. Kenderaan

Ikut kemampuan. Ansuran kereta tu pastikan tak lebih 15% daripada gaji bulanan korang dan isteri ya. Lelaki naik motor pun ok je macam saya.

5. Nafkah

Ikut berapa yang mampu. Boleh allocate 10% untuk part ni. Gaji RM2,000 korang bagilah RM200 untuk dia beli barang keperluan peribadi dia.

6. Simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan paling kurang 3 bulan gaji. Wajib sediakan. Isteri bukan Ah Long untuk kecemasan korang.

7. Perancangan hidup berumahtangga

Suami kena tunjuk yang kita boleh jaga isteri kita nanti. Kalau kita pun tunggang terbalik macam mana nak jaga anak orang.

8. Rendahkan ego

Bila bergaduh, suami kena lah rendahkan ego. Bagi je isteri menang. Korang ingat boleh menang ke lawan perempuan ni. Ehhh.

9. Kaki lepak

Lepak boleh tapi kena pandai uruskan masa. Jangan asyik dengan kawan je. Baik korang kahwin je dengan diorang.

10. Kurangkan main game kat phone

Kalau asyik main game je. Lepas kahwin cuba kurangkan. Faham lelaki dengan game tak boleh dipisahkan.

11. Tambah ilmu agama dan rumahtangga

Ilmu agama dan rumahtangga ni yang bantu korang bimbing isteri korang nanti.

12. Ilmu kewangan

Ni wajib korang tahu. Kalau tak ada perancangan gaji besar pun boleh terduduk. Hutang keliling pinggang.

Nampak macam susah je nak kahwin kan. Sebenarnya tak susah pun kalau bakal isteri korang boleh bantu sekali, bertolak ansur, tak berkira dan terima seadanya.

Saya olah idea ni dari posting asal Harith. Kredit pada dia. 🙏😅

Semoga ada yang dapat manfaat.

#cikguscooter

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com