Warren Buffet Seorang Pelabur Tersohor

Kenal pakcik ni? Namanya Warren Buffet, seorang pelabur tersohor seantero dunia. Namanya ada dalam senarai manusia paling kaya di dunia.

Pada tahun 60-an, beliau pernah diriwayatkan berkata;

“Jika aku berbelanja melebihi USD20,000 untuk membeli sebuah kereta baru, nilai kereta itu akan berkurangan menjadi tidak bernilai dalam masa 10 tahun.

Tapi jika aku melabur wang tersebut dan mendapat pulangan 25% setahun, wang itu akan menjadi USD158,518 dalam masa 10 tahub, USD1.26 juta dalam masa 20 tahun dan USD9.96 juta dalam masa 30 tahun.

Jadi, adalah satu pembaziran untuk aku membelanjakan USD9.96 juta untuk membeli sebuah kereta baru”.”

Beli kereta, disebabkan benar-benar perlu. Beli kereta, perlu kira kos-kos yang terlibat dalam pembelian kereta.

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ramai orang yang menghabiskan SEPARUH gaji hanya untuk membeli dan membela kereta.

Ya, SEPARUH GAJI. Maknanya, 6 bulan gaji untuk membeli dan membela kereta. Tapi ramai tak perasan.

Sebaiknya, harga kereta yang kita beli maksima harganya bersamaan dengan setahun gaji.

Gaji RM2,000, maka beli lah kereta berharga RM24,000.

Nak beli harga kereta RM60,000? Boleh, tunggu gaji naik jadi RM5,000.

Dalam #eSeminarBMW ada topik khusus tentang
“Kos Sebenar Memiliki Kereta” untuk membuat kiraan sebenar pembelian kereta dalam bentuk tulisan dan video serta infografik untuk memahamkan perkara ini.

Layari eSeminarBMW dan dapatkan E-learning Seminar Bijak Merancang dalam bentuk video, ebook dan workbook dgn harga diskaun.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com