Persiapan Suami Buat Isteri

Tulisan ini berkenaan persiapan perlindungan buat keluarga. Sila ke FB Tn Mohd Akif untuk lebih perkongsian daripada beliau.

ISTERI SEBAGAI SURIRUMAH, SUAMI MENCARI NAFKAH KELUARGA

Diawal-awal perkahwinan, berbincang pasangan suami isteri saat berbulan madu..
“Awak jadi surirumah pun dah cukup sayang..tak perlu awak bekerja juga…”kata suaminya

.
Ada pasangan lain pula, memikirkan tentang anak mereka..
“Kesian saya tengok anak-anak kita abang, sepatutnya ayang yang didik dan jaga mereka..”telahan isteri..

.
Ada pula dibelenggu tekanan kewangan..
“Dekat RM1000 juga ye untuk nursery 3 orang anak kita ye..banyak belanja abang keluarkan..”luahan isteri

.
Ketiga-tiga kondisi ini berakhir dengan keputusan ISTERI SEBAGAI SURIRUMAH.

ISTERI SURIRUMAH SUATU KELEBIHAN
1. Mempunyai lebih masa untuk mendidik anak-anak
2. Mempunyai fleksibel masa
3. Urusan rumah lebih tersusun rapi
(dan banyak lagi…)

.
KELEBIHAN HADIR BERSAMA RISIKO

Disebalik kelebihan yang ada, ada risiko yang mesti difikirkan dan diuruskan dengan baik.

“Hello, assalamualaikum, ini Pn Aminah ye?

>> “Ye saya..”

“Saya nak maklumkan suami En terlibat dalam kemalangan jalan raya, beliau kini di Hospital….”

.
Setelah tibanya di Hospital, Dr mengesahkan suaminya sudah tidak lagi bernyawa.
(Contoh risiko yang kemungkinan akan berlaku..)

.
Di saat ini, si Isteri perlu berhadapan dengan beberapa situasi :

1. BERPERANAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
2. MENANGGUNG HUTANG SUAMI
3. PERLU BEKERJA UNTUK SARAHIDUP KELUARGA

.
Bebanan ini sangat perlukan kekuatan untuk dihadapi. Bahkan juga perlu sokongan orang disekeliling.

.
PARA SUAMI PERLU “CONCERN”!

Namun bagaimana caranya dalam menguruskan risiko ini?

.
Ini baru sahaja risiko kematian, bagaimana pula dengan risiko lumpuh atau sakit kritikal yang memaksa Isteri anda menguruskan anda, anak-anak dan urusan rumahtangga??

CADANGAN PERSIAPAN YANG BOLEH DILAKUKAN

.
1. Menyarankan Isteri bekerja dari rumah seperti ‘dropship’.
2. Menyediakan nafkah yang tinggi supaya ada bahagian yang dapat disimpan.
3. Tidak membuat hutang.
4. Beli rumah/kereta secara cash.
5. Menyediakan dana segera melalui caruman takaful.
6. (Boleh tambah sekiranya sesuai..)

.
Inilah yang para suami perlu persiapkan dengan harapan dalam mengurangkan kemungkinan risiko yang boleh dialami apabila seorang ketua keluarga hilang dalam “picture” kehidupan.

.
Kongsikan dengan kasih sayang.

Disclaimer :
-Walaupun isteri bekerja, risiko perlu juga diuruskan.

Mohd Akif
INFAQ Consultancy
“Plan Your Wealth, Change Your Life”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com