fbpx

Pilihan dana unit amanah patuh syariah untuk pelaburan tahun 2024

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 197Words
  • 15Views

Ini adalah dana prestasi yang dilaburkan dalam platform Raiz tahun 2023.

Saya jadikan ia sebagai panduan untuk pelaburan unit trust tahun 2024.

Beberapa dana yang menarik perhatian saya untuk dilaburkan.

1. AHAM Shariah Gold (ASG)

– Pulangan tahun lepas 19%. Ia alternatif pelaburan emas.

– Dahulu dikenali sebagai Dana Affin Hwang Shariah Gold Tracker.

– Ia dilaburkan ke ETF Komoditi patuh Syariah pertama Malaysia, melalui TradePlus Shariah Gold Tracker

2. NOMURA Global Shariah Semiconductor (NGSS)

– Unit trust yang memberi pulangan paling tinggi tahun lepas, 74%!!

– Nomura ialah syarikat kewangan pelaburan gergasi di Jepun.

– Pasaran semiconductor berkait rapat dengan perkembangan AI.

– Dilaburkan ke syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, Belanda, Jepun, Taiwan dll

– Antaranya syarikat Broadcom Inc, Nvidia Corp, Asml Holding.

3. ABRDN Islamic World Equity (AIWE)

– Tahun lepas untung 25%. Tahun 2022 rugi 21%. Tahun 2019 hingga 2021 untung 2 angka setiap tahun.

– Diulangi: Tahun 2022 rugi 21%.

– Dilaburkan ke syarikat-syarikat antarabangsa.

Nota penting

– Semua pelaburan di atas adalah patuh syariah.

– Semua dana di atas adalah pelaburan berisiko tinggi

– DO YOUR OWN RESEARCH. DYOR!

– Prestasi masa lampau bukan penentu pulangan masa hadapan

– Kita boleh melabur ke semua dana ini serentak menggunakan platform Single License Investment.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam group Soalan Jawab Quantum Metal, ada beberapa pihak yang…