fbpx

Kelebihan pelaburan emas yang tidak terdapat pada instrumen pelaburan lain

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 242Words
  • 444Views

Perasan tak yang sebenarnya pelaburan emas mempunyai satu kelebihan yang cukup besar berbanding pelaburan lain?

“Sebab boleh mulakan dgn modal yg rendah ke?”

“Sebab paling mudah nak buat ke tuan?”

Kedua-dua ni masih betul, cuma satu kelebihan yang ada pada pelaburan emas berbanding instrumen lain ialah emas tidak berada di dalam sistem kewangan dunia.

“Ish, tak faham la tuan”

Begini kawan-kawan.

Andai anda mempunyai instrumen pelaburan lain seperti hartanah, saham, saham amanah dan lain-lain, kesemua instrumen ini mempunyai rekod dan ia disimpan oleh pihak yang berkenaan.

Kalau pelaburan hartanah, mungkin rekod disimpan oleh pihak bank

Kalau pelaburan saham, mungkin rekod disimpan oleh syarikat saham

Kalau pelaburan saham amanah, mungkin rekod disimpan oleh syarikat saham amanah

Rekod ini bermaksud segala transaksi jual beli, untung rugi ataupun dokumen perjanjian sekiranya ada.

Inilah kelebihan besar buat pelaburan emas. Hanya diri mereka (penyimpan emas) sahaja yang tahu berapa jumlah emas yang mereka miliki.

Kalau berlaku senario kes terburuk di mana seseorang itu jatuh bankrap, aset-aset lain mungkin terpaksa dicairkan, dijual ataupun disita oleh badan yang mengawal selia, tapi ia tidak berlaku pada emas.

Emas yang dimiliki, yang disimpan secara rapi oleh pelaburnya tidak mampu dikesan oleh mana-mana pihak.

Luar biasa sungguhkan emas ini kan?

“Tapi tuan, kalau saya simpan duit RM350,000 bawah bantal pun orang tak perasan tuan”

Betul, saya setuju.

Tapi sejujurnya yang mana lebih mudah simpan di bawah bantal, wang tunai sebanyak itu atau pun emas 1kg?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya ada satu persamaan di kalangan orang yang berjaya melabur…