fbpx

PKP : Bisnes Takaful Paling Minima Kesannya

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 338Words
  • 372Views

Takaful Ikhlas Logo | Logos download

Saya menjalankan beberapa bisnes dalam bidang perkhidmatan kewangan.

Takaful
Unit trust
Pusaka
Training / Seminar / Ceramah / Program kewangan

Boleh dikatakan, SEMUA bisnes terjejas apabila tidak dapat bertemu dengan pelanggan.

Bisnes takaful, unit trust, pusaka – tidak dapat untuk bertemu pelanggan secara face to face. Hanya secara online sahaja. Jadi, closing ratio agak rendah berbanding berjumpa face to face. Tapi mujurlah bisnes ini boleh dilakukan secara online. Daripada marketing, appoinment hingga ke closing, boleh dilakukan secara online.

Manakala bisnes training, seminar, ceramah dan program 100% terjejas dan tidak dapat diteruskan sama sekali. Untuk bulan Mac dan April, tak silap saya ada 4-5 program yang terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum pasti. Semuanya bernilai kira-kira 5 angka jugalah.

Saya yakin, bisnes-bisnes lain di luar sana banyak juga yang terjejas sehingga menyebabkan majikan hilang punca pendapatan dan pekerja terpaksa diberhentikan.

 

Bisnes Takaful Kurang Terkesan

Dalam banyak-banyak bisnes tadi, bisnes takaful paling minima kesannya.

Selagi pelanggan membayar sumbangan bulanan, selagi itu komisen berjalan.

Berbanding dengan bisnes unit trust dan pusaka, memerlukan pelanggan baru untuk mendapat komisen. Ada pendapatan berulang, tapi terlalu minima.

Berbanding bisnes takaful, selagi mana pelanggan setiap bulan membayar sumbangan, selagi itu ejen takaful menerima pendapatan mereka.

Tak dapat dinafikan ada pelanggan yang memberhentikan polisi, yang mengambil pengecualian bayaran, yang menyebabkan pendapatan ejen juga terjejas.

Namun bagi ejen senior yang sudah mempunyai ramai pelanggan, selalunya tidak terjejas sangat kecuali ejen yang mempunyai pelanggan dari satu dua sektor dan sektor itu terjejas teruk.

Contohnya jika ejen itu hanya fokus kepada pelanggan dari sektor penerbangan dan pelancongan sahaja, sekarang akan terjejas teruk kerana sektor itu terjejas.

Tapi bagi ejen senior yang mempunyai palanggan dari pelbagai sektor, mereka tidak terjejas teruk.

Dalam situasi sekarang, apabila berlaku krisis kesihatan Covid-19, kesedaran terhadap perlindungan takaful semakin tinggi.

Dalam masa sama, permohonan takaful boleh dilakukan secara online sahaja tanpa perlu bersemuka.

Jika ada mana-mana rakan dan followers yang berminat untuk menyertai bisnes ini, boleh PM saya.

Saya buka 10 kekosongan untuk bulan April dan Mei untuk menjadi perunding takaful bersama INFAQ Consultancy.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kata orang, kalau nak berjaya, kena ikut cara orang berjaya.…