Private Mandate Account

Dari tahun lepas saya studi pelaburan menggunakan Private Mandate Account ini, dan berani mulakan pelaburan dan ini kali kedua saya buka akaun.

Lihat pada gambar, “Inception Date” pada 04/03/2020

Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan, pulangan lebih kurang 10%, satu jumlah yang memuaskan bagi pelabur yang berisiko rendah seperti saya.

Ia pelaburan ke pasaran saham tapi bukan saya yang uruskan. Saya serahkan kepada pengurus dana berlesen untuk menguruskan pelaburan saya.

Oh ya, ia juga bukan pelaburan unit amanah.

Ia dipanggil Private Mandate Account / Private Manage Account (PMA). Wang pelaburan kita, dilaburkan secara direct ke pasaran saham. Dalam list di atas, dalam senarai paling kiri, ada lebih 10 kaunter dilaburkan dan masing-masing mencatatakan pulangan berbeza.

Ada yang setinggi 80% lebih dan ada yang negatif 5%.

Dalam pelaburan jenis ini, saya tak perlu pening kepala nak monitor kaunter mana berpotensi, cut loss, top-up, rebalancing dan sebagainya. Kosnya macam kos unit trust tapi bukan unit trust.

 

Analogi macam beli baju.

  • Beli unit trust ini macam beli baju yang dah siap jahit.
  • Tapi PMA pula macam kita upah tailor jahitkan baju untuk kita. Tukang jahit ambil ukuran badan dan jahitkan baju kira.
  • Kalau melabur sendiri tu pula, macam kita beli kain dan jahit baju sendiri. Yg ini sesuai untuk orang yang ada ilmu dan boleh berikan komitmen.

Setiap satu berbeza komitmen, kemahiran dan ilmu.

Oh ya, pelaburan ini adalah sah di sisi undang-undang dan kita boleh memilih untuk melabur dalam kaunter patuh syariah sahaja.

Nak guna fund manager yang saya gunakan?

Ada detail di sini. Private Mandate Account

Kalau nak melabur, boleh isi borang. Nanti wakil saya akan hubungi utk sesi diskusi lanjut

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi