fbpx

Proses Pembahagian Pusaka Kecil

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 294Words
  • 942Views

1. Apa itu harta pusaka kecil?

Harta simati yang terdiri daripada Harta Tak Alih sahaja seperti tanah dan rumah atau Harta Tak Alih bersama Harta Alih seperti wang simpanan, saham dan insurans yang nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh permohonan

2. Siapa yang boleh membuat permohonan. ?

Waris kepada simati seperti suami atau isteri, anak lelaki atau anak perempuan, ibu atau bapa

3. Bagaimana Permohonan hendak dibuat?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang www.jkptg.gov.my dan klik pada Perkhidmatan Atas Talian di bawah capaian Orang Awam dan pilih Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

4. Dimana permohonan hendak difailkan?

Borang Permohonan (Borang A) yang telah diisi secara atas talian hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen Sokongan ke Unit Pembahagian Pusaka di mana terdapatnya harta tak alih simati

5. Bila permohonan boleh dibuat?

Permohonan pembahagian pusaka kecil boleh dibuat pada bila-bila masa selepas berlakunya kematian dan digalakkan permohonan dibuat dengan segera tanpa bertangguh

6. Kenapa permohonan perlu disegerakan?

Mengelakkan termakan hak orang lain atau anak yatim, mengelakkan pertambahan waris akibat kematian berlapis, membolehkan harta pusaka dimanfaatkan oleh waris dan mengelakkan harta simati beku dan terbiar

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03 8871 2999

PROSES PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

1. Membuat permohonan dengan melayari laman sesawang www.Jkptg.gov.my

2. Hantar borang permohonan (Borang A atau P) dan dokumen sokongan ke unit pembahagian pusaka yang berkenaan

3. Unit pembahagian pusaka akan memproses permohonan dengan menghantar borang b ke mahkamah tinggi dan penilaian harta ke JPPH

4. Permohonan yang telah lengkap diproses akan dipanggil bicara melalui notis perbicaraan

5. Pemohon 0 dan waris dikehendaki hadir perbicaraan yang telah ditetapkan dengan membawa dokumen asal

6. Perintah pembahagian atau surat kuasa mentadbir dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon

7. Pemohon atau waris membawa perintah atau surat kuasa mentadbir yang diterima ke pejabat tanah dan agensi yang berkaitan

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada 2 jenis jawapan saya boleh bagi. Jawapan 1 Jawab…