fbpx

Pulangan Tabung Haji 2019 3.05%

  • 5 years ago
  • 6Minutes
  • 989Words
  • 379Views

No photo description available.

“Aku tak risau sangat kalau pulangan Tabung Haji rendah. Tapi aku sangat risau kalau orang keluar duit TH kemudian masuk skim sontot kononnya pulangan TH rendah”

—Afyan, 2020.

 

Pulangan Tabung Haji 2019 3.05%.

Pulangan Tabung Haji 2019 3.05%. Alhamdulillah, bercukurlah.

Jika diambil kira faktor zakat simpanan 2.5‰, keuntungan Tabung Haji 3.05% ini setanding dengan pulangan 5.5%.

(Nota: Ada sesetengah financial planner yang tidak bersetuju untuk mengambil kira faktor zakat tersebut untuk membuat perbandingan sebegini. Anggap sahajalah ia sebagai khilaf. Hahaha)

Tak perlu bersungut dengan pulangan sebanyak ini. Ia patut ada dalam jangkaan kita apabila menyimpan di Tabung Haji.

Sekurang-kurangnya lebih tinggi sedikit dari tahun lepas.

TH adalah tempat untuk membuat simpanan, bukan untuk pelaburan.

Ia tempat selamat untuk memastikan modal berkekalan biarpun naik turun pasaran, hampir sama dengan ASB.

Ia jauuuuuuh lebih baik daripada skim-skim mengarut too good to be true yang approach pakcik makcik di kampung untuk keluarkan duit Tabung Haji untuk melabur ke dalam skim mereka. Orang bandar dan cerdik pandai juga tidak terkecuali terjebak dengan skim sebegini apabila menganggap pulangan Tabung Haji tidak menguntungkan.

Pulangan ini juga lebih baik sedikit berbanding pelaburan-pelaburan ekuiti ke pasaran saham yang banyak juga negatif untuk tahun 2019.

Jika tidak puas hati dengan pulangan TH, yang perlu ditukar bukannya tempat duit kita disimpan, tapi mindset kita tentang simpanan dan pelaburan.

Apabila sebut tentang simpanan, ia tidak berisiko dan modal kekal, tapi jangan berharap pulangan yang tinggi.

Apabila sebut tentang pelaburan pula, memang ada potensi untuk berikan pulangan tinggi, tapi ia datang dengan risiko. Potensi untung dan risiko rugi adalah pakej kembar yang datang bersama-sama dengan mana-mana pelaburan.

Nak untung besar tapi tak nak rugi? Memang hampir mustahil wujud. Jika ada mana-mana pihak yang promote skim pelaburan sebegitu, bisikkan kepadanya 2 patah perkataan ini; “Innalillah” dan #nerakawang kemudian lari sejauh 100kmj kemudian duduk sejenak dan fikirkan masak-masak sebelum ambil keputusan untuk melabur.

Mindset “nak untung besar tapi tak sanggup rugi“ inilah yang menyebabkan ramai yang terjebak dengan skim-skim mengarut.

Jadi, kena betulkan mindset kita sebelum pertimbangkan untuk mengalih wang dari Tabung Haji ke instrumen lain.

Orang yang mempromosi sebarang jenis pelaburan, sudah tentu akan tunjukkan pulangan yang muluk-muluk sahaja.

(Ini juga muhasabah dan peringatan untuk saya sendiri dan team yang membangunkan ejensi yang mempromosi produk pelaburan)

“Pulangan 100% dalam masa sehari”. Kemudian ajak orang lain melabur atau ajak datang program. Kalau betullah orang yang mempromosi “pulangan 100% dalam masa sehari”, tak perlu dah ajak orang lain melabur. Cukup untuk diri sendiri melabur di situ, tak payah susah-susah buat promosi atau anjurkan program yang perlukan kos lain pula.

Kefardhuan Menuntut Ilmu

Apa yang penting? Ilmu.

Dalam banyak situasi, saya berani katakan, sebenarnya kekal wang anda di TH adalah jauuuuuuuuh lebih baik berbanding kita keluarkan ke mana-mana instrumen lain, tanpa persediaan ilmu.

Majoriti rakyat Malaysia, masih rendah literasi kewangan.

Buktinya boleh lihat statistik jumlah simpanan rakyat Malaysia, jumlah KWSP rakyat Malaysia, kadar muflis di kalangan orang muda Malaysia dan sebagainya.

75% rakyat Malaysia tak ada simpanan, hatta RM1,000 jika berlaku kecemasan.

60% pencarum KWSP habiskan wang tabungan KWSP dalam masa 3 tahun selepas pencen.

60% orang yang diisytiharkan muflis adalah dari golongan muda.

80% yang keluarkan duit KWSP untuk pelaburan, dapat pulangan sama atau lebih rendah dari pulangan KWSP.

Itu hanya sebahagian statistik tentang literasi kewangan rakyat Malaysia.

Tak masuk lagi statistik rakyat Malaysia kena sontot.

Kita tak mampu pun nak ubah pulangan TH supaya jadi 10‰ . Ubah kerajaan pun kita dah buat. Bukan sekali tapi dah 2 kali ubah!

Sebelum ini nampak macam lompat dari mulut Hydra ke mulut Thanos. Sekarang dah tukar kepada Hydra balik yang sedang berpakat dengan Loki konco-konco Thanos yang belot.

Nak tak nak, kena tambah ilmu. Ia perkara yang kita boleh kawal. Bukan tukar dari ASB atau Tabung Haji ke instrumen lain dulu. Bukan tanya nak invest dekat mana.

Analogi mudah macam ni la. Antara kereta Viva dan kereta racing, mana lagi laju? Sudah tentu kereta racing. Nama pun racing. Tapi kalau kereta racing tu diberi kepada orang yang baru belajar naik basikal, berapa jauh dia ia boleh pergi? Berbanding dengan kereta Viva, dibawa oleh Michael Schumacher, berapa jauh ia boleh pergi?

Agak-agak kalau Viva diberi kepada Michael Schumacher, lumba dengan kereta racing dipandu oleh budak yang baru belajar naik basikal, siapa menang?

Tuan-Puan boleh agak apa jawapannya.

Sama la juga macam instrumen-instrumen kewangan yang ada di Malaysia. Ada ASB, ada unit trust, ada saham, ada hartanah, dan macam-macam jenis pelaburan yang lebih kompleks seperti ETF, sukuk, deriavatif dan segala macam mak nenak jenis pelaburan yang kalau sebut pun mungkin ada yang tak pernah dengar. Setiap satu ada risiko dan kos tersendiri.

Jadi, bukan instrumen / produk / alat kewangan yang kita kena ubah dahulu.

Dulu kita salahkan Najib. Najib dah jatuh. Sekali dengan ASB, TH, KWSP terus jatuh lepas beliau jatuh.

Kemudian kita salahkan Lim Guan Eng sebab tak pandai jadi urus kewangan negara. Kita salahkan Azmin sebab tak pandai jaga ekonomi. Kita salahkah Mujahid sebab tak pandai jaga Tabung Haji.

Nak salahkan siapa pula selepas ini? Muhydin? Tok Pa? Alif Syukri? Neelofa? Iron Man? Salahkan Coronavirus? Salah Covid-19?

Kalau betul mereka bersalah, apa boleh kita buat? Nak ubah?

Ya, perubahan perlu dibuat. Tapi siapa?

Sebenarnya, ada satu benda yang kita boleh ubah dengan segara.

Ubah tabiat dan habit kewangan kita.

Kita boleh ubah buku yang kita baca. Kita boleh ubah akaun FB siapa yang kita nak follow dan see first. Antaranya FB ini. Ehem, ehem.

Semua tu tak perlu modal dan kos besar pun.

Saya tulis panjang-panjang ni, baca sampai habis tak? Kalau betul baca, cuba turunkan komen dan share.

Kalau malas baca semua, baca summary tulisan saya ni;

1. Nak ubah pulangan TH? Tak boleh.
2. Jadi, kita kena ubah mindset dengan tambah ilmu kewangan.
3. Lepas mindset berubah, maka tindakan pun akan berubah.
4. Apabila tindakan berubah, maka hasil pun akan berbeza.
5. Kita tak boleh nak ubah pulangan TH, tapi kita ada peluang utk dapatkan pulangan yang lebih tinggi dari TH.

Mulakan dengan ILMU.

Dan janganlah expect, hari ni belajar ilmu, esok lusa dapat untung riban-riban?

Takkanlah hari ini kahwin, esok dapat anak? Eh…

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Saya pernah membaca satu statistik, kadar perceraian di US…