fbpx

Konsep Power Policy

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 674Words
  • 804Views

Daripada bulan lepas saya turunkan ilmu berkenaan antara MRTT dengan MLTT kepada para perunding di INFAQ. Sebenarnya dari tahun lepas lagi. Cuma tahun ini lebih kerap.

Pesan saya kepada para perunding “repetation is mother of learning”. Pengulangan ada ibu segala ilmu.

Atas dasar itu, dalam training malam tadi, saya buat sesi pengukuhan dan pengulangan topik ini kepada pada konsultan di INFAQ Consultancy, sebelum masuk topik utama tentang “Content Marketing”.

Malam tadi juga, ada beberapa konsultan yang berkongsi real case mereka yang dapat apabila bertemu prospek.

Kelebihan dan kelebihan MRTT dan MLTT

  • MRTT dan MLTT, setiap satu ada kelebihan dan kekurangan.
  • Walaupun MLTT ada 7 kelebihan dan fleksibliti yang tidak ada pada MRTT tapi MRTT tetap ada 1 kelebihan yabg tiada pada MLTT.
  • MRTT lebih utuh berbanding MLTT yang agak rapuh. Jika MRTT, pelanggan perlu bayar sekaligus ketika awal-awal pembelian rumah sama ada secara lum sump atau masukkan ke dalam pembiayaan bank. Jadi, tak timbul isu polisi lapse, sekalipun pelanggan tak bayar ansuran sebab caruman sudah pun dibayar kepada syarikat takaful.
  • MLTT, biarpun ada banyak kelebihan dan fleksibliti berbanding MRTT, namun jika berlaku short payment, polisi akan berisiko untuk lapse. Apabila polisi lapse, ia tidak lagi berkuat kuasa dan perlindungan tidak berjalan.

Justeru, nasihat saya kepada para konsultan saya di INFAQ, jangan mudah-mudah minta pelanggan untuk batalkan MRTT semata-mata untuk close MLTT. Kita adalah konsultan, bukan salesman.

Cadangkan kepada pelanggan untuk top up polisi.

Saya cadangkan, mereka melanggan Power Policy SETENGAH JUTA yang cover

1. Kematian SETENGAH JUTA
2. Lumpuh SETENGAH JUTA
3. Penyakit Kritikal SETENGAH JUTA

Konsep Power Policy ini, adalah untuk

1. Alternatif MLTT. Ia sebagai back up plan kepada MRTT seandainya ketika berlaku kematian dan lumpuh, baki hutang melebihi pampasan. Jadi dengan adanya Power Policy ini, ia boleh top up baki hutang.

2. Power Policy ini, dicadangkan 50% dijadikan hibah dan 50% diletakkan sebagai penamaan biasa. Ia bergantung kepada keperluan selepas perbincangan dengan pelanggan.

3. Peruntukan untuk hibah, boleh diletakkan lebih dari 1 nama. Mungkin boleh letak untuk isteri, anak-anak, dan ibu bapa. Atau boleh juga hibah untuk pasangan sebagai fungsi income protection.

4. Manakala peruntukkan untuk penama, sebaiknya nama pasangan atau anak yang sudah cukup umur, dan tinggalkan pesanan untuk mereka untuk langsaikan hutang rumah jika MRTT tak cukup.

5. Peruntukan untuk penamaan biasa juga, boleh pesan kepada mereka untuk bayar hutang-hutang lain seperti hutang kereta, hutang personal loan, hutang kad kredit, hutang PTPTN yang masih belum dimansuhkan dan sebagainya.

6. Paling penting, jangan letak penama hibah tapi pesan untuk bayar hutang. Hibah takaful bukan untuk bayar hutang. Ramai pelanggan malah perunding tersilap konsep bab ini.

7. Penamaan dan hibah tadi lebih kepada manfaat untuk waris yang ditinggalkan. Bagaimana pula dengan manfaat pemilik harta yang akan pergi ke alam bawa kelak? Jangan risau, dengan Power Policy ini, kita boleh peruntukkan maksima 1 per tiga untuk tujuan WAKAF. Ia boleh dijadikan penyuluh kita di kubur nanti.

8. Memandangkan Power Policy turut ada coverage penyakit kritikal atau Critical Illness, banyak manfaat untuk pelanggan sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal. Ia boleh menggantikan pendapatan yang hilang sekiranya tidak mampu lagi bekerja. Ini adalah income protection yang komprehensif.

“Afyan, berapa nak bayar untuk dapatkan Power Policy ini? Nampak macam best la!“

Saya yakin, pembaca tentu fikir paling-paling kurang RM300 ke atas untuk coverage SETENGAH JUTA utk kematian, lumpuh DAN SAKIT KRITIKAL.

Tapi dengan konsep POWER POLICY ini, hanya peruntukkan RM150++ SAHAJA sebulan bagi pelanggan berusia 30 tahun.

Berminat untuk diskus lebih lanjut tentang konsep Power Power Policy ini?

Boleh isi borang di bawah sekali.

#TeamTakaful.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Aku tak risau sangat kalau pulangan Tabung Haji rendah. Tapi…