Ramai Orang Ada Masalah Kewangan Selepas Beli Kereta
Dipetik dari Fb Khairul Amal Hashim
Siapalah yang tak minat dengan kereta? Macam tu juga saya. Kalau boleh mahu selalu bertukar kereta baru ikut trend terkini.
Tapi orang kata ukur baju badan sendiri beb!
Sejak mula bekerja sehingga sekarang saya hanya pernah memiliki 5 buah kereta berbeza.
Ia bukanlah satu jumlah yang banyak dan saya tidak pernah memiliki 2 kereta dalam satu masa.
Ada orang anggap kereta ini lambang kemewahan, penentu status seseorang.
Tak salah pun jika memang berkemampuan. Tapi selalunya tak begitu kan. Kita beli ikut nafsu, yang penting bergaya.
Dulu tak ada influencer di media sosial yang ajar bab kewangan peribadi. Sebelum tu di universiti pun sama, tiada subjek ini.
Saya juga lakukan kesilapan sebelum ini. Orang kata menang membeli kalah memakai. Beli boleh, tapi tak mampu nak bela.
Bila ada yang mengajar bahawa nilai maksimum kereta yang kita layak miliki hanyalah 12 kali gaji atau gaji setahun kita, barulah saya mula perbaiki urusan kereta ini.
Hampir 2 tahun yang lalu, saya menukar kereta saya yang kelima kerana bilangan ahli keluarga makin ramai, tak muat kalau kereta sedan. Haha, ko ada?
Bezanya, saya ikut nasihat pakar dari sudut nilai, kemampuan bayaran balik pinjaman dan ikut keperluan semata. Hakikatnya saya ‘downgrade’ kan kereta saya untuk pertama kali dalam hidup saya.
Apa maknanya?
Sebelum ini, kereta baru mestilah lebih mahal dari sebelumya kecuali kereta ke 5 ini.
Alhamdulillah, rasanya inilah antara keputusan tepat yang terbaik saya pernah lakukan. Sekarang tak lagi rasa terbeban dengan hutang dan urusan kereta.
Jika dulu, bila nak renew roadtax, memang terasa sakitnya tu beb! Itu belum tetiba ada major problem, cukuplah nak ganti tayar atau absorber, itupun dah mengeluh.
Jika baru bekerja atau baru berniaga, sebelum beli kereta, tanya-tanyalah dulu pada orang yang lebih berpengalaman bukan hanya tanya pada kawan.
Rugi dik kalau usia hidup kita ni dihabiskan untuk bersusah payah bayar hutang kereta yang tak bawa kita kemana.
Sekian dulu pesanan dari orang yang pernah buat silap sebelum ini. Usah ulanginya ya. Fikir-fikirkan!
Tapi kalau tak boleh nak fikir sendiri, mudah sahaja. Boleh dengar nasihat-nasihat bernas dari Tuan Afyan Mat Rawi dalam
# 17 Video Bijak Merancang Wang beserta 1 ebook istimewa!#
Klik SEGERA sekarang untuk info lanjut di👇
Jangan lupa share jika bermanfaat. Biar kawan-kawan kita dapat elak kesilapan yang sama.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran