fbpx

Ramai yang katakan perbankan islam menindas tapi terlupa akan ‘perkara’ ini

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 636Words
  • 319Views

Screnshot komen-komen ini datang daripada posting sebelum ini berkenaan isu home financing perbankan Islam yang dikatakan “mahal”.

Beliau berikan komen bahawa keuntungan bank Islam membebankan dan kongsikan pengalaman. Beli rumah yang berharga RM86,000 dan apabila financing oleh bank Islam, ia jadi RM200,000. Katanya, dia jadi murung dan penyudahnya rumah itu dijual selepas 5 tahun.

Saya tanyakan berapa harga yang dijual selepas 5 tahun, katanya RM14X,XXX.

Seterusnya, rakan-rakan boleh menilai sendiri. Nampak tak betapa ironinya perkara ini.

Ramai orang menuduh bank Islam menindas, membebankan, zalim dan sebagainya kerana mengambil keuntungan berkali ganda untuk tempoh pembiayaan selama berpuluh-puluh tahun. Tapi dalam masa yang sama, orang yang sama juga melakukan perkara yang dikatakan menindas dan membebankan itu.

Rumah yang berharga RM86,000 pada 5 tahun lepas dijual dengan harga RM14X,XXX dalam masa 5 tahun?

Persoalannya, adakah jika bank Islam yang buat ia jadi zalim, menindas dan membebankan, tapi jika kita yang buat ia jadi sebaliknya?

Itulah namanya hipokritnya kita menuduh bank Islam sebagai zalim kerana memberi pembiayaan berkali-kali ganda daripada harga rumah tapi dalam masa sama kita tidak rasa pun perkara tersebut apabila kita lakukannya?

Kawan-kawan,

Perkataan “membebankan”, “menindas” itu sendiri adalah subjektif, tidak ada kayu ukur yang jelas dalam bab muamalat. Adakah RM100,000 menindas dan membebankan? Adakah RM100 menindas dan membebankan?

Ia bergantung kepada kemampuan seseorang. Ada orang yang mampu tidak rasa terbeban dan tertindas. Jadi, ia subjektif dan tidak boleh diletakkan kayu ukur.

Dalam masa kena ingat, dalam apa sahaja jual beli, setiap pihak ada hak masing-masing baik penjual mahupun pembeli. Islam menjaga hak penjual dan pembeli

Islam itu mudah. Islam menjaga hak penjual dan pembeli.

Hak penjual untuk meletakkan harga berapa yang dia mahukan.
Hak pembeli pula untuk membeli atau pun tidak dengan mana-mana pembeli.
Simple kan? Nak letak harga berapa, letaklah. Tapi bukan semua orang wajib beli.

Bagi pembeli pula, kalau rasa mahal, tak perlu beli. Simple kan?

Secara umumnya konsep ini terpakai untuk produk bukan kawalan.

Setakat ilmu saya yang cetek dalam bidang muamalat Islam, setahu saya, tidak ada sebarang hadith dan ayat Quran menetapkan harga barang sebegitu

Ada satu hadith tentang urusniaga seorang sahabat Rasulullah bernama Urwah, membeli 2 ekor kambing dengan harga 1 dinar. Kemudian Urwah menjual balik salah seekor kambing dengan harga 1 dinar.

Sumber: Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1275

Hadith ini selalu digunakan oleh rakan-rakan baru geng-geng yang mempromosi emas 😁

Di sebalik hadith ini, menunjukkan Nabi Muhammad memperakui kebijaksanaan Urwah. Modal 1 dinar beliau dapat membeli 2 ekor kambing.

Bermakna, harga kos seekor kambing adalah setengah dinar.

Kemudian, salah seekor kambing dijual dengan harga 1 dinar! Apa maksudnya? Maksudnya berdasarkan hadith di atas, untung 100% daripada modal!! WOW!!!

Nabi Muhammad langsung tidak melarang urusniaga tersebut.

Ada banyak lagi hadith-hadith lain yang menunjukkan bahawa Islam tidak meletakkan had tertentu dalam sebarang urusniaga jual beli.

Tidak ada istilah “harga Yahudi” dalam Islam.

Ia bukan harga Yahudi, tapi kita yang tak mampu beli.

Daripada kita sibuk salahkan bank yang langsung tak menjejaskan bisnes bank, lebih baik kita fokus kepada pembangunan kewangan sendiri. Ada juga faedah untuk duit kita dan poket.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Ilmu ini diajar dalam Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Ada 7 topik utama

1. Aliran Tunai
2. Hutang dan aset
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian harta: zakat, cukai
7. Pewarisan: Faraid, wasiat

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

Promosi Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sekarang saya buat PROMOSI RM39 sahaja (tak termasuk postage)
*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bayangkan gajah & b@8¡ boleh terbang.... Ada komen: "Cuba bayangkan…