fbpx

Berhati-hati tukar duit raya

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 626Words
  • 706Views

Berhati-hati ketika tukar duit kecil atau tukar duit baru untuk dijadikan duit raya. Jika tak kena gaya, boleh jadi riba.

Contoh: Tukar not RM10 dengan not RM1 sebanyak 50 keping kemudian dikenakan caj pertukaran duit tersebut RM1, ia dah jadi riba.

Kenapa riba?

Duit RM adalah matawang ribawi, jadi apabila tukar duit dengan duit perlu sama nilai.

Sama juga jika tukar duit lama dengan duit baru, perlu sama nilai.

Contoh: Tukar not RM1 /RM5 / RM10 yang sudah lusuh dengan not-not baru dan dikenakan caj tertentu berdasarkan jumlah wang tersebut, adalah riba.

Ia berdasarkan beberapa hadith sahih berkenaan riba, antaranya hadith

Bilal bercerita kepada Nabi Muhammad (selawat) bahawa beliau membeli 1 gantang kurma barni (kurma kualiti) dgn 2 gantang kurma biasa.

Nabi Muhammad terkejut kerana transaksi itu adalah riba!

Lalu Nabi Muhammad memberi panduan: Sepatutnya jual dahulu kurma biasa. Selepas jual, barulah kemudian beli kurma barni gunakan hasil jualan tadi.

Riba boleh berlaku tanpa sesiapa yang tertindas dan teraniaya. Malah riba boleh berlaku dengan suka sama suka. RM1 yang tidak terbeban pun adalah riba jika penukarannyanya tak memenuhi syarat muamalat Islam.

Ia bukan sahaja terhad kepada penukaran duit untuk dijadikan duit raya. Tukar duit untuk tujuan bisnes yang dilakukan oleh peniaga untuk dapatkan duit kecil pun tertakluk kepada peraturan muamalat yang sama.

Contohnya, tukar wang kertas RM50 dengan duit syiling dan dikenakan caj RM1, ia adalah riba.

Bagi matawang yang bukan untuk urusniaga jual beli seperti utk perhiasan atau koleksi peribadi, ada perbahasan lain pula.

Perkara di atas juga terpakai dalam jual beli dan pertukaran emas lama dengan emas baru. Contohnya, tukar emas lama dengan emas baru, mesti sama berat. Tak boleh trade in dan kemudian top up duit. Ia terpakai untuk emas bukan barang kemas dan emas barang kemas berdasarkan pendapat majoriti ulama.

Jadi solusi terbaik untuk tukar duit raya, ialah tukar dengan sama nilai. Tukar duit kecil dengan nilai yang sama. Tukar duit baru pun dengan nilai yang sama. InsyaAllah, ia bebas daripada riba.

UPDATE: Adapun berkenaan bagi upah runner dalam urusan tukar duit, berbeza sedikit daripada situasi di atas.

Upah runner adalah akad berbeza daripada penukaran duit tadi. Contoh simulasi begini:

1. A serah duit RM100 kepada B untuk tukar duit di bank.

2. B pergi ke bank untuk tukar duit RM100 tadi dengan duit kecil

3. B bawa duit tadi dan serah kepada A.

4. A bayar upah kerja yang dilakukan oleh B sebanyak RM10.

Dalam transaksi di atas ada 2 muamalat utama.

1. A wakilkan B utk tukar duit di bank dan ada upah di situ. Ia dipanggil wakalah (perwakilan) dgn ujrah (upah). RM10 itu adalah upah, bukan riba.

2. B tukar duit kecil atau duit baru di bank. Ia kontrak mua’wadhah (penukaran) yang tertakluk dengan syarat di atas.

Berdasarkan ilmu cetek saya, ia tak berlaku riba.

UPDATE 2: Mesin ATM yang kenakan caj tidak sama dengan situasi di atas.

Mesin ATM sediakan servis pengeluaran wang, bukan servis penukaran wang.

Tambahan pula, ia fix berdasarkan penggunaan bukan berdasarkan amaun pengeluaran. Tidak ada riba.

Jika ada kesilapan, mohon pakar-pakar muamalat betulkan.

Moga kita semua selamat daripada dosa riba.

Wallahua’lam.

IKLAN sikit boleh?

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN hanya RM29 sahaja!!! Lite SeminarBMW

Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang
1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW

Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

Lite SeminarBMW
Lite SeminarBMW
Lite SeminarBMW

Afyan Mat Rawi, IFP
Tips RM PERCUMA t.me/AfyanIFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
gambar sumber internet Polemik baru pagi raya "Awak kata hari…