fbpx

Ramalan Chamath Palihapitiya: Content creator sebagai billionaire di masa depan

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 265Words
  • 91Views

Menarik info daripada Twitter @Zulabmm ini, katanya

Ramalan Chamath Palihapitiya tentang masa depan Social Media.

Siapa Chamath ni? Beliau ialah billionare VC dan orang yang bertanggungjawab untuk scale facebook user sehingga mencapai 1 billion user.

Dalam satu termuramah podcast, beliau meramalkan Content Creator akan jadi billionaire di masa depan.

Chamath mengatakan evolusi social media berlaku dalam 3 fasa/gelombang.

Fasa pertama ialah zaman iPhone & Android yang dimiliki dan dikawal oleh Apple & Google.

iPhone dan Android telah berjaya membina;

  • Billion user based
  • Trillion dollar industry

Fasa kedua pula didominasi oleh individual social media platform seperti Facebook, Youtube, Twitter, Tiktok etc.

Kita sekarang berada pada fasa kedua.

Social media platform ini dibina di atas platform fasa pertama tadi.

Social media platform ini juga berjaya replicate pencapaian gelombang pertama iaitu;

  • Billion user based
  • Trillion dollar industry

Fasa ketiga (ramalan) akan didominasi oleh Content Creator.

Seperti mana fasa pertama dan kedua, fasa ketiga akan menyaksikan Content Creator berjaya untuk menghasilkan;

  • Billion user based (followers)
  • Trillion dollar industry

Dalam masa beberapa tahun akan datang, content creator seperti

  • Mr. Beast
  • Joe Rogan
  • Logan Paul

Akan mampu untuk menarik berbilion followers dan menghasilkan trillion dollar industry.

Youtube Channel Mr. Beast pun dah ada orang offer untuk beli dengan harga $1 billion dollar.

Kalau kat Malaysia, imagine berapa value Content Creator macam Khairul Aming dalam beberapa tahun lagi bila dia dah pelbagaikan produk yang dia jual.

Dan bila teknologi AI yang boleh hasilkan content secara automatik dan bersifat robotic membanjiri dunia content, audience akan lebih prefer content yang mempunyai sentuhan “manusia” yang lebih authentic di masa depan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Yahudi datang ke Palestin sebagai pendatang, tapi hari ini mereka…