fbpx

Pembiayaan peribadi RM50K MBSB Bank dan cagarkan KWSP: Berbaloi atau tidak?

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 312Words
  • 228Views

Berbaloi tak?

Pembiayaan peribadi RM50K MBSB Bank dan cagarkan KWSP, dengan bayaran kadar berikut

Base Rate + 1.75%

Base rate berdasarkan OPR semasa dan sekarang ialah 2.75, maka kadar sekarang ialah 4.5%

Dengan kadar tersebut, berikut ialah simulasi pengiraan untuk pembiayaan RM50,000 dengan tempoh 10 tahun oleh MBSM Bank:

Tahun pertama RM187.50 sebulan

9 tahun seterusnya RM564.00

Bayaran bulan terakhir RM551.04

Total bayaran balik, dengan andai kadar ini tidak berubah ialah RM63,149.04

Namun harus diingati, kadar tersebut bergantung kepada OPR.

Dalam pembiayaan Islam patuh syariah yang menggunakan kontrak tawaruq, kadar keuntungan dalam jual beli komoditi ini ialah 15%, dan harga dalam perjanjian menjadi RM98,891.76

Harga berdasarkan kadar siling 15% ialah RM98,891.76

Berbaloi atau tidak?

Ia memang membantu kantung KWSP apabila ia tidak akan terusik kerana tidak boleh dikeluarkan sebagaimana sebelum ini.

Ia juga membantu bank menjana keuntungan dan MBSM juga dimiliki oleh KWSP.

Rakyat juga dapat untung sebab dapat berhutang. Selepas mereka berhutang, boleh membantu kewangan mereka untuk membayar hutang sedia ada.

Seandainya rakyat terbeban dengan hutang ini, kerajaan boleh buat lagi skim sebegini rupa khusus untuk meraka yang mempunyai hutang bercagar KWSP untuk membuat hutang baru bercagar sekali lagi.

Rakyat boleh buat hutang dengan cagaran KWSP kali kedua, untuk membayar hutang bercagar KWSP kali pertama.

Kemudian, sekiranya ia masih bermasalah, kerajaan boleh buat lagi skim hutang bercagar KWSP buat kali ketiga untuk membantu rakyat yang terbeban untuk membayar hutang bercagar KWSP melalui buat kali kedua yang membayar hutang bercagar KWSP kali pertama.

Jika bermasalah lagi? Apa susah, kerajaan boleh buat lagi skim bantuan hutang bercagar KWSP buat kali keempat. Kali ini untuk membayar hutang bercagar kali ke-3 tadi, yang digunakan oleh rakyat berhutang itu untuk membayar hutang bercagar kali ke-2 yang membayar hutang bercagar KWSP kali pertama.

Memang win-win-win-win-win-win-win-win-win situation kan?

Bantuan seumpama itu akan berulang dan berulang dan berulang dan berulang dan berulang hinggalah Abang Jamil….

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Menarik info daripada Twitter @Zulabmm ini, katanya Ramalan Chamath Palihapitiya…