fbpx

Ramalan Robert Kiyosaki tak semua mengena

  • 4 months ago
  • 1Minute
  • 169Words
  • 74Views

Saya peminat Robert Kiyosaki tapi bukan semua benda yang di cakap boleh dipercayai 100%. Hahahha!

Dalam buku kontraversi “Rich Dad’s Prophecy” , Kiyosaki meramalkan bahawa tahun 2016 akan menyaksikan kejatuhan pasaran terbesar dalam sejarah, melebihi kemelesetan besar pada tahun 1929.

Pandangan beliau berpaksikan pengamatan terhadap generasi Baby Boomer, khususnya yang melabur dalam saham melalui dana pencen, pengurus dana, atau secara langsung melalui akaun 401k. Dia meramalkan penjualan besar-besaran saham akan berlaku apabila golongan ini mencairkan pelaburan mereka, menyebabkan penurunan pasaran secara keseluruhan.

Namun, ramalan ini terbukti salah besar! Tahun 2016 mencatatkan pertumbuhan terbesar dalam sejarah pasaran modal Amerika. Dow Jones meningkat dari 16,000 hingga 21,000 mata, menunjukkan kenaikan sebanyak 31% dalam tempoh 1 1/2 tahun.

Kali ini beliau membuat ramalan lagi, sistem kewangan Amerika Syarikat akan runtuh.

Sebenarnya kita pun boleh membuat ramalan sebegini rupa. Sebab ekonomi dunia memang akan naik dan turun. Jadi setiap tahun kita buat satu ramalan yang sama, insya Allah jika kita konsisten meramal maka salah satu tahun akan mengena.

Agak-agak, kali ini ramalan beliau mengena atau tersasar lagi?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saja saya nak maklumkan, sejak bulan April lepas saya usahakan…