Review Filem – The Flu

Image may contain: 4 people, text

Berkumpul dan berkuarantin di kampung bersama adik beradik dan keluarga memungkinkan saya menonton filem The Flu. Filem dari Korea, mengenai wabak yang mirip berlaku hari ini.

Saya bukan jenis kaki movie. Selalunya kalau tonton pun secara tak sengaja dan filem animasi kanak-kanak seperti Boboiboy, Ejen Ali, Upin Ipin, Keris Siamang Tunggal yang ditonton bersama anak-anak. Huhu…

Kalau menonton, filem yang menjadi kegemaran saya ialah filem aksi seperti siri filem-filem dalam siri MCU The Avangers.

Sangat jarang-jarang-jarang-jarang sangat saya tonton filem dengan genre drama sebegini.

Apatah lagi filem Korea. Not my taste. Hahahah

Ini pun sebab adik buka dan tayang di kaca TV. Kebetulan dia memiliki akaun Iflix dan Nettflix. Saya tidak meletakkan sebarang expectation awal menonton filem ini kerana sehari sebelum itu ditayangkan filem Contagion, dengan tema wabak penyakit juga.

Ketika menonton Contagion, saya hanya menonton babak-babak awal dan terus skip-skip menonton hingga ke akhir babak untuk faham jalan cerita.

Tapi The Flu, menarik minat saya dari awal. Mungkin disebabkan watak heronya mirip pelakon Malaysia, Fattah Amin 😜

Tak percaya, cuba tengok poster ni? Nampak macam dia kan? Yang gambar sebelah kanan atas, bukan yang bawah. Mungkin juga faktor heroin 😍

Ok, kita berbalik kepada filem The Flu.

Wabak penyakit berpunca daripada seorang pendatang tanpa izin yang dibawa ke Korea melalui sebuah kontena. Destinasi kontena yang penuh dengan imigran itu berakhir di Kota Bundang, yang terletak bersempadan dengan dengan Kota Seoul, ibu negara Korea.

Para imigran tersebut mati dalam perjalanan ke Bundang, kecuali seorang yang terselamat tapi menjangkiti salah seorang daripada 2 lelaki penyeludup yang membuka kontena tersebut. Tujuan asal mereka ialah untuk membawa semua imigran itu keluar tapi memandangkan seorang sahaja yang masih hidup, maka dia sahaja yang dibawa. Tapi dalam perjalanan, lelaki imigran itu terlepas.

Pada awal filem, tak nampak sebarang signifikan pada watak lelaki imigran itu, selain daripada sebagai punca wabak tapi rupanya ada peranan penting yang dibawa lelaki itu di akhir cerita.

Pengarah berjaya susun jalan cerita dari awal hingga hujung supaya penonton tak terlepas babak penting. Setiap babak adalah wabak penting yang saling berkait.

Penyakit yang dibawa oleh lelaki imigran itu menjangkiti salah seorang daripada 2 penyeludup yang membawanya keluar dari kontena. 2 penyeludup itu ialah adik beradik, dan penyakit itu menjangkit si adik. Kemudian si adik itulah yang membawa wabak penyakit ke penduduk Bundang lain apabila dia ke farmasi bersama abangnya untuk mendapatkan ubat.

Babak jangkitan penyakit tersebut ketika dia berada di farmasi, sungguh dramatik.

Nampak seketul-seketul air liur yang tersembur ketika dia batuk, mengandungi virus wabak selsema dan menjangkiti orang-orang yang berada di farmasi tersebut termasuk pemilik farmasi, seorang kanak-kanak, 2 orang pelajar sekolah dan seorang pengunjung yang sedang menggunakan inhealer.

Daripada seorang, ia berjangkit ke 4, 5 orang di farmasi.

Kemudian yang 4, 5 orang tadi menjangkiti pula orang-orang lain apabila mereka pulang ke tempat masing-masing.

Pemilik farmasi menaiki bas dan menjangkiti penumpang bas termasuk pemandu ketika dia batuk dalam perjalanan balik dari farmasi.

Pelajar sekolah menjangkiti rakan-rakan sekelas apabila dia kembali ke sekolah.

Kanak-kanak tadi pula menjangkiti kanak-kanak lain di pusat asuhan

Dan akhir sekali ia menjadi wabak ke selllluuuuruuuuuh kota Bundang yang menyebabkan Datuk Bandar terpaksa memanggil Presiden dan Perdana Menteri untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Pada asalnya Datuk Bandar tak percaya maklumat yang disampaikan oleh Pengarah Hospital bahawa ia adalah pandemik, tapi akhirnya terpaksa mengakui hakikat itu apabila menyaksikan sendiri kemalangan jalan raya, kebakaran dari bilik mesyuarat mereka.

Dalam filem ini turut ditunjukkan aspek-aspek sudut pandang orang politik yang lebih kepada hendak jaga nama baik berbanding pandangan Pengarah Hospital yang lebih praktikal untuk mencari solusi.

Kemalangan pertama berlaku apabila pemandu bas yang dijangkiti pemilik farmasi tadi tidak dapat mengawal basnya apabila wabak itu menyerang.

Kemalangan itu yang disaksikan oleh Datuk Bandar dan seluruh ahli mesyuarat ketika membincangkan isu wabak yang melanda Bundang, barulah diambil tindakan drastik untuk menutup Kota Bundang.

Eh, mana cerita sang hero dan heroin?

Sambung baca seterusnya.

Sang Hero ialah anggota pasukan keselamatan sukarela seumpama bomba di Malaysia manakala Heroin pula ialah seorang doktor yang berstatus ibu tunggal yang tinggal bersama anaknya.

Mereka berkenalan apabila si Hero menyelamatkan si Heroin dalam satu kemalangan. Hendak dijadikan cerita, si Hero berhubung dengan anak wanita tersebut apabila dia memulangkan beg tangan wanita itu kepada anaknya.

Hendak dijadikan cerita, si anak yang bernama Mira turut dijangkiti virus tersebut. Nama Mira ini saya terjemahkan daripada nama Mi Reu. Nama watak hero dan heroin saya tak ingat. Nama anak sahaja yang saya ingat.

Mira dijangkiti wabak ketika dia secara tak sengaja bertembung dengan imigran tadi dan membantunya dengan memberi makanan.

Sebaik sahaja wabak tersebut merebak, pihak pemerintah terus mengambil tindakan drastik menutup sempadan Kota Bundang supaya ia tidak merebak ke bandar lain. Rakyat yang tidak dijangkiti, dipindahkan ke pusat kuarantin di sempadan kota, selepas diperiksa.

Wabak ini mampu membunuh dalam masa 36 jam selepas dijangkiti.

Rakyat yang diperiksa dan tidak ada tanda jangkitan, diletakkan di tempat kuarantin untuk mengenalpasti mereka yang benar-benar sihat sahaja dibenarkan keluar dari Bundang.

Ia menimbulkan keresahan dan kemarahan penduduk Bundang sehingga muncul pemberontakan di sempadan Bundang – Seoul.

Sebenarnya, Heroin dan anaknya, Mira berpeluang menaiki pesawat bersama Pengarah Hospital selepas Kota Bundang diisytiharkan wabak, tapi mereka gagal kerana Mira batuk-batuk ketika pemeriksaan sebelum naik ke bumbung hospital.

Jadi, mereka terpaksa melalui jalan sama dengan penduduk lain menerusi pusat kuarantin.

Sebagaimana yang saya tulis tadi, si Heroin tadi ialah seorang doktor. Ketika kes pertama berlaku dari lelaki yang berjangkit dari imigran itu dibawa ke hospital, dia terlibat sekali sebagai frontliner bersama pengarah hospital.

Dia jugalah yang mengeluarkan teori bahawa bahan antobodi wabak itu masih boleh diusahakan jika dapat mencari lelaki imigren yang masih hidup dan lari dari kontena tadi.

Hero dan Heroin bersama anaknya bertemu kembali di pusat kuarantin.

Ketika pemeriksaan kesihatan di sempadan, Mira berjaya melepasi sekatan pemeriksaan walaupun mempunyai simptom. Dia masuk bersama ibunya dalam keadaan mempunyai simptom dijangkiti virus.

Di dalam pusat kuarantin, semua rakyat diberikan pass bernombor yang menggantikan identiti masing-masing.

Apabila Mira dikesan sebagai pembawa wabak, si hero memainkan peranannya sebagai hero apabila dengan sukarela (sebenarnya diarahkan sutradara filem), menukar identitinya dengan identiti Mira.

Dia dibawa ke pusat pengumpulan pesakit dan diperiksa dengan lebih detail.

Sementara itu, Heroin dalam keadaan terdesak, mengambil anaknya dan bawa ke pusat ujikaji vaksin dan antibodi wabak.

Ketika itu, vaksin wabak belum ditemui. Berdasarkan teori Heroin, antibodi wabak boleh diperolehi daripada lelaki imigran yang masih hidup sekalipun pembawa wabak.

Teorinya ialah, lelaki imigran itu masih hidup walaupun membawa virus wabak. Jadi tentu dia mempunyai antobodi yang boleh menyembuhkan wabak. Tapi teorinya ditolak.

Di situ, dia menggunakan kedudukannya sebagai doktor, diam-diam menemui lelaki imigran itu untuk mengambil sampel darahnya. Lelaki itu berikan kerjasama kerana mengenali Mira yang pernah membantunya memberi makanan sebelum itu.

Si Heroin mengambil risiko melakukan prosedur tersebut memandangkan teorinya belum terbukti dan dilakukan secara tersembunyi tanpa pengetahuan ahli perubatan lain. Dia mengambil darah lelaki imigran tadi untuk dipindahkan ke badan Mira.

Sebaik sahaja dia berjaya melakukan prosedur tersebut terhadap Mira, perbuatannya dikesan oleh pegawai keselamatan dan Mira diambil dan dibawa keluar.

Ketika dibawa keluar ke tempat pesakit wabak, si hero yang turut berada di situ ternampak kelibat Mira dibawa keluar dan mencarinya.

Ketika itu barulah diketahui bahawa kerajaan sedang melakukan operasi “bumi hangus” terhadap Kota Bundang. Rakyat yang sedang tenat dijangkiti wabak terutama orang tua dan kanak-kanak dimasukkan ke dalam plastik dan dikumpulkan di stadium untuk dibakar hidup-hidup.

Si Hero sempat menjumpai Mira yang sudah dibungkus plastik dalam timbunan manusia di stadium, berdasarkan bunyi muzik pada telefon yang dibawa oleh Mira.

Keadaan ketika itu sangat kucar kacir dan saya susah nak ceritakan balik.

Kemuncak filem ini ialah apabila penduduk Bundang mendatangi sempadan Bundang – Seoul yang dikawal tentera.

Dan filem ini juga ada babak pertembungan di antara Presiden dan Perdana Menteri Korea dalam membuat keputusan bagaimana wabak ini ditangani.

Perdana Menteri lebih cenderung kepada nasihat pegawai WHO berbangsa Inggeris untuk melancarkan operasi bumi hangus, manakala Presiden optimis bahawa mereka berpeluang menemui vaksin antobodi wabak berdasarkan teori si heroin tadi.

Hero, Heroin dan Mira bertemu kembali di sempadan dan nyaris ditembak atas arahan pegawai Inggeris tadi dengan kebenaran Perdana Menteri Korea, sebelum dihalang oleh Presiden.

Saya pening dan resah ketika menonton babak ini dan membayangkan situasi sama jika berlaku di Malaysia.

Ketika babak Presiden Korea menghubungi Menteri Pertahanan melalui telefon, entah kenapa saya membayangkan Mat Sabu yang menerima panggilan tersebut. Huhu…

Dan seperti biasa sebagaimana filem-filem lain, akhir sekali kemenangan menjadi milik hero dan heroin.

Tahap kesihatan Mira semakin baik dan ia mengukuhkan teori si Heroin tentang antibodi wabak daripada darah lelaki imigran yang menjadi punca utama wabak di Bundang.

Mira yang sempat disuntik darah imigran tadi menjadi wira di akhir cerita apabila imigran tadi meninggal dunia sebelum sempat dibawa keluar.

Untuk mengetahui penamat cerita ini, jgn lupa saksikan filem The Flu ini. Ada yang share link FB di ruang komen malah ada juga di YouTube.

Macam filem MCU, ada post end kredit yang menarik di hujung cerita. Jangan terlepas pandang. Saya pun baru tengok selepas ada yang komen. Hahahah

Saya sempat ajak anak-anak untuk menonton sekali untuk memberi kefahaman kepada mereka mengapa kita tak boleh keluar rumah pada waktu wabak sebegini.

Fuhhh…. Habis juga saya review filem ini.

Siapa yang baca sampai ke titik terakhir? Cer komen sikit.

Afyan Mat Rawi
Acah-acah jadi tukang review filem.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com