fbpx

Riba Yang Wujud Dalam Pelaburan Halal

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 243Words
  • 321Views

Dipetik dari FB Mueez Ahmad

RIBA YG WUJUD DALAM PELABURAN HALAL

Kisah semalam.

Seorang guru berhasrat untuk mengambil plan pelaburan setelah menemui seorang ejen koperasi yang mempromosikan plan koperasi serta plan ‘simpanan & pelaburan’ di bawah nama ‘koperasi guru-guru’.

Pulangan tetap 9% yang dijanjikan dalam dana unit amanah serta perlindungan khairat kematian menjadi faktor utama guru-guru join.

Pada awalnya, pertanyaan saya ditentang oleh guru tersebut kerana keyakinan yang tinggi bahawa plan itu adalah halal. Ejen telah menunjukkan dana pelaburan unit amanah yang patuh syariah. Mungkin juga sebab ejen tu baik dan lebih hensem dari saya.

Bila diselidik, rupanya pelaburan tersebut adalah salah satu produk syarikat insurans. Dalam erti kata lain, ia merupakan polisi pelaburan dalam insurans.

Guru yang tak tahu menahu secara tidak sengaja join plan insurans atas nasihat perunding.

———-

Isu pertama ialah keterlibatan dengan syarikat insuran. Ya, memang dana unit trust yang ditunjukkan adalah patuh syariah. Tetapi pelanggan harus faham. Bayaran bulanan bukan kesemuanya dimasukkan ke dalam unit amanah. Ia juga merupakan komisyen ejen dan keuntungan syarikat. Bila melibatkan syarikat insurans, ia telah difatwakan haram.

Hukum pampasan kematian / TPD ( khairat kematian ) bagi plan insurans adalah haram. Waris yang mendapat wang pampasan perlu membuat faraid wang pokok dan menyerahkan baki selebihnya kepada baitulmal. Dalam konsep pemilikan, harta haram bukan hak milik individu muslim.

Oleh itu, rancanglah kewangan anda sebelum ia dirancang oleh ejen takaful, ejen unit trust atau ejen koperasi.

 

Mueez Ahmad
INFAQ CONSULTANCY

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dua, tiga bulan lagi menjelang 2020. Dulu-dulu, kalau nak buka…