fbpx

ROI (Return of Investment) tak masuk akal

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 327Words
  • 421Views

Wowwwwssss!!!!

Tolong kira berapa ROI tu? Iklan sebuah produk takaful.

Tahun 2022, masih ada ejen takaful promote dengan cara macam ni?

Dah dekat 20 tahun saya dalam industri ini, tak jumpa lagi orang yang buat untung dalam pelaburan melalui produk takaful sebegitu rupa? Dah gaya skim cepat kaya.

RM200 sebulan selama 10 tahun boleh dapat RM124k???

Cuba kira berapa ROI? Berapa annualize return?

30% return tahunan dia punya projection. Powerrrr!!! Kalau betul la ada skim yang macam ni, boleh cadangkan KWSP, Tabung Haji, PNB labur kat sini je. KWSP boleh bagi dividen 10% setahun. Tabung Haji boleh hantar jemaah pergi haji balik hari. PNB boleh bagi return ASB 10%.

Kemudian siap buat FB Ads lagi.

Kemudian cuba banding pula dengan pulangan kalau RM1,000 sebulan. Annualize return 10% setahun pula. Lagi untung kalau buka RM200 sebab annualize return 30% setahun.

Kalau nak buat projection pun, agak-agak la…

Kalau 10 tahun lepas saya expose benda macam ni, memang saya tak sensor nama page dan nama kompeni.

Dan lepas tu akan datang geng-geng ejen yang pertahankan kemudian mengatakan saya memburukkan kompeni mereka. Kemudian mereka akan tuduh bisnes saya tak laku . Siap akan ada yang ugut nak buat report Bank Rakyat.

Agak-agak tahun 2022 akan ada tak ejen yang back up?

Alhamdulillah, saya masih kekal dalam industri dan ejen-ejen yang promote takaful untuk simpanan / pelaburan 10 tahun lepas dah tak kerja macam ni dah.

Sama ada ia hilang daripada industri sebab tak tahan dengan klien yang bising sebab projection tak seiring. Atau mereka dah jadi leader, anak buah mereka yang sambung kerja mereka macam ni.

Justeru, mulakan dengan pelaburan ilmu kewangan sebelum melabur dalam skim-skim yang pelik-pelik macam ni.

Topik ini terkandung dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q di dalam #eSeminarBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  • 1. Aliran Tunai
  • 2. Aset dan hutang
  • 3. Simpanan
  • 4. Perlindungan
  • 5. Pelaburan
  • 6. Penyucian
  • 7. Pewarisan

PROMOSI #eSeminarBMW RAMADHAN EXTEND KE SYAWAL hanya RM29 sahaja!!!

Llite.seminarbmw.com
Llite.seminarbmw.com
Llite.seminarbmw.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah....Inilah yang kita mahu. Jika 2 Asri ini bergabung, tentu…