fbpx

Rumah di Jepun Turun Harga

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 281Words
  • 1155Views

Rumah di Jepun turun harga. Nak beli?

Dipetik dari FB Kamal Zharif

Biasanya di kawasan pinggir bandar besar seperti Tokyo, rumahnya boleh susun rapat antara satu sama lain. Ada itu sehingga sukar hendak nampak bentuk rumah kerana rumahnya dilindungi oleh rumah yang lebih besar di depannya.

Saiznya boleh katakan 1/4 dari rumah standard Malaysia, tetapi harganya boleh mencapai 30-50 juta yen (RM1.19 juta – RM2 juta). Menarik lagi, rumah di Jepun nilainya boleh merosot apabila sudah lama. Kalau ada kes pembunuhan di dalam rumah, harganya juga boleh jatuh teruk. Boleh katakan rumah akan jadi ‘2nd hand’ sebaik sahaja pemilik rumah tinggal di dalamnya. Harga akan jatuh 50% selepas 10 tahun, kemudian dalam tempoh 20-25 tahun nilainya sudah tiada langsung.

Walaupun begitu, menurut arkitek Alastair Townsend terkejut kerana rumah Jepun yang dibina pada zaman sekarang mempunyai kualiti lebih tinggi dari kebanyakan negara lain, tetapi rumah di Jepun cenderung untuk dirobohkan. Antara sebabnya berkaitan dengan ekonomi, budaya, perang dunia ke-2 dan aktiviti seismik.

Tengok sahaja cerita drama Jepun bertajuk Ie Uru Onna (家売るオンナ : Your Home is My Business!). Ia dibintangi oleh pelakon Keiko Kitagawa (pernah berlakon dalam cerita Hollywood Tokyo Drift). Di situ diceritakan macam mana rumah dijual. Walaupun begitu, kejatuhan harga rumah adalah hanya pada bangunannya sahaja dan bukan benda yang telah ditetapkan di Jepun. Oleh itu, rumah murah di tanah yang mempunyai nilai yang tinggi adalah lebih baik dibeli berbanding rumah mahal di tanah murah.

***FEEL FREE TO SHARE***

———————————————

Dapatkan 17 video, e-book, e-workbook mengenai ‘Bijak Merancang Wang’ #BMW3series yang disediakan oleh tuan Afyan Mat Rawi di sini:
WorkBookBMW
WorkBookBMW

sumber: Why Are Japanese Homes Disposable? (Ep. 157)
UNDERSTANDING THE LIFESPAN OF A JAPANESE HOME OR APARTMENT

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepanjang PKP, banyak kali saya join sesi training secara online…