Tak Perlu Jadi Financial Planner atau Cendekiawan untuk Kesan Skim Cepat Kaya

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:8Views

Dalam kewangan, tidak perlu sampai menjadi cendekiawan ulung, atau perlu jadi certified financial planner untuk mengenal pasti misselling dan penipuan.

Hanya perlu berhenti sejenak atau pause, kemudian fikirkan soalan-soalan yang perlu ditanya apabila ditawarkan dalam mana-mana skim yang too good to be true.

Contoh;

  • Takkanlah sebegitu mudah syarikat takaful / insurans hendak berikan simpanan dan pelaburan dengan kadar yang tinggi melebihi ASB dan Tabung Haji dalam masa sama menyediakan coverage perlindungan kewangan untuk pelanggan jika mati, lumpuh, atau sakit kritikal?
  • Takkan medical card yang sediakan perlindungan RM50,000 setahun dengan bayaran RM150 sebulan, dalam masa boleh berikan juga simpanan yg tinggi?
  • Takkanlah dengan hanya ambil produk takaful haji ini boleh daftar haji automatik dengan Tabung Haji dan pulangan lebih besar dari dividen TH?
  • Takkan mudah-mudah bank bagi loan ASB untuk berikan kita untung?
  • Takkanlah syarikat unit amanah laburkan duit kita 100% sebagaimana TH dan ASB, tanpa sebarang risiko dan caj?
  • Takkanlah syarikat MLM boleh bagi hibah bulan-bulan tanpa perlu bekerja menaja dan menjual produk?
  • Takkanlah emas boleh dijual dengan murah dan kemudian ada jaminan buy-back pula selepas ETA 30 hari?
  • Takkanlah ada developer yang boleh jual rumah yang market price dekat RM 1 juta, dengan harga RM 100K sahaja?

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
 Join dgn modal RM50,000, dapat pulangan sebanyak RM3000 setiap. Modal…