fbpx

Sakit Badan Seketika, Tapi Sakit Kewangan Merana

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 702Words
  • 345Views

Saya tabik betul dengan Tuan Eza Ezamie ni.

Seorang yang tak ada background bidnsg kewangan langsung, tapi sekali di lancarkan portal Majalah Labur beliau, terus menjadi sumber rujukan tentang kewangan.

Malah beliau banyak kali dijemput ke pentas-pentas yang membicarakan tentang kewangan. Kuncinya, mindset.

Dipetik dari FB Eza Ezamie

Sakit Badan Seketika, Tapi Sakit Kewangan Merana

Alhamdulillah, PKP pun dah dilonggarkan menunjukkan bahawa wabak Covid-19 ini semakin berjaya diatasi. Terima kasih banyak kepada frontliners yang menyumbang, sangat-sangat dihargai.

Di sebalik kepayahan, pasti akan datang sekali dengan kesenangan.

Saya sendiri pun sejak tahun lepas sakit tangan kanan, Alhamdulillah dengan pergi buat rawatan setiap 2 minggu sekali – sekarang dah semakin pulih.

Sakit lutut sebab banyak turun naik tangga, pun pulih hanya dengan sekali rawatan.

Bulan lepas kena penyakit cagu, lepas titik ubat selama beberapa hari – dengan izin Allah dah sembuh.

Yang terkini, sakit belakang sebab memandu kereta pergi balik selama 8 jam – baru mula sakitnya. Nak makan ubat taknak, sekadar letak minyak panas dan urut di tempat yang sakit.

Setiap kali kita sakit badan, kita tahu nak buat apa. Kita tahu kena pergi jumpa doktor, kita tahu kena makan ubat, kita tahu kena banyak rehat.

Tapi bila kita sakit kewangan? Tahu ke nak jumpa siapa? Tahu ke apa yang perlu dibuat? Tahu ke apakah ‘ubat’ untuk sakit kewangan ni? Lebih teruk lagi bila kita sendiri pun tak tahu bahawa kita sebenarnya tengah sakit.

Ada yang kerja makan gaji, dapat saja duit hujung bulan, tak sampai beberapa hari dah habis. Terpaksa pula buat kerja part-time atau side income untuk tambah pendapatan, tapi duit habis juga.

Ada yang berniaga, sales bukan main kencang, tapi savings takat tu je, aset pulak takde.

Bukan saja simpanan takde, pelaburan pun takde, perlindungan pun takde.

Tengok saja data yang mengejutkan ini:

 1. 68% ahli yang aktif tidak mencapai simpanan asas, iaitu RM240,000 apabila mencapai umur 55 tahun

 2. 70% ahli yang aktif berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000

 3. 2 daripada 3 ahli akan hidup dengan kurang daripada RM950 sebulan sehingga umur 75 tahun

 4. 7 daripada 10 ahli akan hidup dengan RM210 sebulan sehingga umur 75 tahun, atau habiskan kesemua simpanan dalam tempoh masa kurang daripada 2 tahun

Nak ke kita kena kerja, kerja, dan terus kerja? Dah umur 60 tahun pun masih bekerja lagi? Bukankah masa itu adalah masa emas kita dan sepatutnya dihabiskan untuk beribadah?

Jawapannya terletak pada ‘mindset’.

Selagi kita takde mindset yang betul dalam kewangan ni, sampai bila-bila kita akan ‘sangkut’.

Selagi duit yang keluar setiap bulan lebih banyak daripada duit yang masuk, selagi kehendak mengatasi keperluan, selagi kita suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain, selagi itulah kita akan terperangkap.

Macam mana nak selamatkan diri dan keluar daripada kepompong ini?

Kenalah ada ilmu terlebih dahulu. Dah ada ilmu, baru boleh beramal dengan ilmu yang ada. Lepas tu, tolong pula orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

Dulu starting kerja saya sebagai seorang fresh grad cuma RM1,500 setiap bulan. Duit lebih banyak keluar daripada masuk, harapkan mak ayah untuk survive.

Dulu saya pun takde simpanan, dulu saya pun takde pelaburan.

Dulu saya nak kahwin pun kena buat personal loan. Dulu saya bayar kredit kad sekadar yang minimum 5% saja.

Tapi sekarang Alhamdulillah, dengan izin dan bantuan dari Allah segala-galanya telah berubah.

Dengan ilmu yang ada, perlahan-lahan kita akan berubah menjadi yang lebih baik. Bila buat sesuatu amalan secara berterusan, InsyaAllah ia akan mula jadi tabiat. Bila tabiat baik dah mula sebati dengan diri, rasa dosa besar jika ianya ditinggalkan.

And they say, “the rest is history”…

Bagi mereka yang serius nak berubah ni, saya syorkan sangat-sangat untuk dapatkan E-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW ini.

Kawan baik saya, Tuan Afyan Mat Rawi baru saja lancarkan beberapa hari yang lepas.

Sambil duduk di rumah, kita layan 17 video untuk perbaiki kewangan diri. Kita akan belajar tentang:

 Mindset Kewangan
 Simpanan
 Aliran Tunai & Pengurusan Aset
 Tips Beli Kereta
 Perlindungan Takaful
 Pelaburan
 Penyucian dan Pengagihan

Semua ini dan banyak lagi, tak cukup dengan video, siap dapat bonus eBook Bijak Merancang Wang lagi.

So far, sambutan memang sangat menggalakkan. Harga pun sangat berpatutan, hanya RM50 saja.

Apalah sangat RM50 untuk ilmu yang ‘mahal’ ni? Cepat dapatkannya sekarang, harga promosi sampai esok saja, lepas tu harga akan naik -> eSeminarBMW

Mulakan langkah pertama dengan mencari ilmu dulu, jumpa anda di sana: eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Insaffff saya baca sharing dari Ustaz Hakim Mohd Nor. Dipetik dari…