fbpx

Saya Sokong Kenyataan Ini

Alhamdulillah, saya sokong kenyataan ini.

PERTAMA, memang tak pernah pun ada kempen boikot produk non-Muslim secara serius.

Kalau ada pun, dari golongan yang ekstrimis dan takkan dapat sambutan. Juga ia dijalankan oleh golongan yang tak faham antara sokong dan boikot.

Yang ada ialah kempen #BMBF beli dan sokong barangan keluaran Muslim.

Memang tak wajar boikot produk non-Muslim. Tak perlu boikot, kita hanya utamakan produk Muslim.

KEDUA, saya juga sokong kerajaan jalankan kempen sokong produk buatan Malaysia.

Dengan membeli produk keluaran Muslim Bumiputera, secara automatik ia menyokong kempen sokong produk keluaran tempatan.

KETIGA, sebagaimana kempen sokong produk Muslim tidak sama dengan kempen boikot produk non-Muslim, maka kempen sokong produk buatan Malaysia juga tidak bermakna ia kempen boikot produk luar negara.

Jika kempen sokong produk buatan Malaysia, bermakna kempen boikot produk luar Malaysia, bolehlah kita kata;

“Boikotlah telefon bimbit sekali”.

Kesian. Terima kasih.

Afyan Mat Rawi
Rakyat Malaysia yang patriotik

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi?

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com