fbpx

Saya Sokong Noriba

  • 3 years ago
  • 6Minutes
  • 1070Words
  • 774Views

Ramai pula tag saya dekat posting PPIM ini.

Saya senyum sahaja tak sempat reply satu persatu. Sebenarnya apa yang dibuat ini sudah saya ajukan banyak kali kepada para penentang perbankan Islam sejak sekian lama.

Yang terkini saya tulis beberapa bulan lepas dan memang dikhususkan kepada PPIM, rujuk di sini

Saya sokong sejuta peratus usaha ini dan nak jadi pelanggan pertama.

Saya tidak ada kepentingan dengan perbankan Islam di Malaysia. Saya bukan staf bank. Saya hanya pelanggan dan penyokong perbankan Islam.

Perbankan Islam adalah makhluk yang terdedah kepada 1001 kelemahan. Kritikan membina sangat perlu untuk menambah baik sistem yang ada. Namun untuk mengatakan bahawa sistem perbankan Islam ada riba ia adalah tuduhan yang sangat melampau, ditambah dengan kata-kata nista dan caci maki terhadap alim ulama yang menyokong perbankan Islam.

Dalam artikel sama di atas, saya bukan sahaja menjawab kritikan oleh PPIM bahawa perbankan Islam Zalim dan menipu Allah, tapi saya juga memberikan pandangan kritikal dan cadangan terhadap PPIM dan perbankan Islam.

Cadangan saya kepada PPIM ialah mewujudkan sendiri sistem perbankan yang patuh syariah tanpa riba mengikut piawaian mereka. Akhirnya selepas lebih 10 tahun memperjuangkan perkara ini, akhirnya akan direalisasikan dalam masa 6 bulan lagi.

Saya tuliskan dalam artikel tersebut:

“Jika PPIM mengatakan bahawa bank ialah bisnes yang mudah buat untung, jadi saya cadangkan PPIM untuk mengusahakan bank sendiri.

Kita boleh lihat bagaimana perbankan Islam versi PPIM beroperasi. PPIM boleh gunakan Koperasi PPIM untuk menawarkan “pinjaman cara Islam” yang mereka mahukan. Keahlian PPIM ada ratusan ribu jika tidak jutaan pun. Boleh minta mereka berikan modal untuk PPIM mempelopori perkara itu. Selepas kumpulkan modal, berikan pinjaman untuk kereta, rumah dan lain-lain tanpa sebarang keuntungan. PPIM, please walk the talk!”

Jadi apabila cadangan ini diterima, saya sangat teruja! Tak sangka selepas bertahun-tahun mereka memperjuangkan isu ini, ia akan dilaksanakan selepas saya mencadangkannya beberapa bulan lepas.

Kebetulan betul! Mungkin ini bukti saya dari masa depan? Hahah

Saya mengikuti isu ini dengan penuh minat dan menyokong. Jika diajak, saya ingin mencadangkan beberapa model bisnes yang yang boleh dilakukan.

Dalam artikel sama juga, saya ajukan cadangan kepada autoriti perbankan Islam untuk keluar daripada kerangka model bisnes konvensional supaya masyarakat melihat ia berbeza daripada sistem konvensional.

Dengan usia perbankan Islam sudah menjangkau 40 tahun di Malaysia, saya kira sudah sampai masanya perbankan Islam ada model sendiri yang tidak terikat dengan perbankan konvensional.

Saya tulis dalam artikel tersebut,

 

Sudah tiba masanya

“Selepas 40 tahun bertapak di Malaysia, sudah tiba masanya perbankan Islam keluar terus dari kerangka dan model bisnes perbankan konvensional. Contoh:

  • Tidak perlu lagi menggunakan OPR. Boleh gunakan satu kadar yang berbeza dgn konvensional.
  • Tidak lagi menggunakan default clause. Jika gunakan, jangan terikat dengan cara bank konvensional.
  • Tidak ada lagi lelongan, gantikan dengan pembiayaan semula untuk kurangkan ansuran tanpa tambah baki hutang.
  • Tidak membenarkan group company yang sama memiliki bank konvensional memiliki saham dalam perbankan patuh syariah dalam masa sama tidak ada perbankan patuh syariah dan perbankan Islam yg mempunyai sama nama. Pilih salah satu sahaja. Sebenarnya ini juga punca kekeliruan awam, contoh ABC Bank konvensional dan ABC Islamic Bank. Pisahkan terus termasuk nama: ABC Bank dan XYZ Islamic Bank.
  • Tidak membenarkan pegawai bank memasarkan serentak kedua-dua produk perbankan patuh syariah dan konvensional. Ini juga satu lagi punca kekeliruan di peringkat staf bank sendiri tak faham. Mungkin mereka berhijrah bukan faktor kesedaran tapi faktor tawaran yang lebih baik dan masyuuuuuk. Biasa berlaku, mereka sendiri yang beritahu pengguna “sama je dua-dua..”.
  • Harga rumah boleh gantikan dengan nilai mata wang emas untuk urusniaga.
  • Bank membeli rumah dari pemaju dan memiliki rumah tersebut, barulah ditawarkan kepada pembeli.
  • Bank menubuhkan anak syarikat sebagai pemaju hartanah dan kemudian jual kepada pelanggan.

Ya, semua cadangan saya di atas tidak dibenarkan oleh undang-undang hari ini.Sebab itu saya katakan tadi, perlu keluar dari kerangka perbankan konvensional untuk dilihat benar-benar berbeza dari konvensional.

Ia bukan perkara senang tapi tidak mustahil jika ada kesungguhan untuk berubah. Saya sangat alu-alukan rakan yang terlibat dalam industri kewangan dan perbankan Islam untuk berikan komentar.”

Boleh rujuk artikel saya bulan Mac lepas utk tulisan penuh. di sini

Jika Bank Noriba berjaya mewujudkan model baru “perbankan patuh syariah” yang lari daripada model konvensional, ia adalah satu tamparan hebat kepada perbankan Islam sedia ada!

Cuma sekarang masih awal untuk membuat andaian. Kita tunggu blue print model bisnes Noriba. Kita nak tengok panel penasihat syariah mereka. Kita nak tengok produk yang bakal mereka tawarkan. Kita nak tengok apakah kontrak yang digunapakai bagi setiap pinjaman “tanpa riba” yang meraka mahukan selama ini.

 

Satu usaha yang bagus

Bagi saya usaha PPIM adalah usaha yang bagus. Mereka tidak bersetuju dengan perbankan Islam yang bagi mereka masih mempunyai riba, tapi mereka tidak sampai menghina, mencaci apatah mengkafirkan orang lain sebagaimana segelintir yang kononnya berjuang anti riba tapi hanya tong kosong tanpa tindakan.

Golongan tong kosong hanya petik nama ulama sana sini untuk hina ulama yang haruskan perbankan Islam. Walhal, ulama yang berbeza pendapat itu tidak pun menghina ulama lain yang menyokong perbankan Islam.

Kepada golongan tong kosong itu, saya tujukan tulisan ini, 20 Ciri Perbankan Islam Idaman Semua di di sini

Mungkin boleh diambil perhatian. Itu model bisnes untung geng-geng yang suka panggil perbankan Islam dan takaful dengan ejekan Islamix beng dan takafool.

Apapun, kita sebagai pengguna jangan mengharap bank, NGO, koperasi untuk membantu kewangan peribadi kita.

Kewangan kita, kita yang tentukan dan uruskan.

Jom belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW, yang mengandungi modul I.N.F.A.Q dgn 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.

Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH percuma bagi 1,000 pembeli pertama.

1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah.

  1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
  2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com

1,000 pembeli pertama yang membuat pra-tempahan akan menerima video rakaman Live Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 5 jam non-stop dan ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! Secara PERCUMA!!

Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
3 AMALAN YANG MENJADIKAN PEMUDA NI KAYA! Dia memang kental.…