Sebelum Keluarkan Wang Tabung Haji Ke Pelaburan Lain, Baca Tulisan Ini Dahulu
Gambar dari Sinar Harian
CEO TH memberitahu bahawa, hibah TH pada masa akan datang ialah setanding dengan fix deposit (FD) bank.
Bermakna ia hanya sekitar 2% – 4% dan sukar melangkau 5% – 7% sebagaimana dahulu.
Ia bertujuan untuk memastikan TH kekal releven.
Saya kongsikan pandangan dari sudut perancangan kewangan, tanpa mengambil kira sentimen politik dan juga sentimen untuk menyelamatkan TH.
1. Jika anda belum pergi haji, pastikan cukupkan jumlah tersebut minima RM1,300 dan terus daftar haji.
2. Kemudian azam untuk cukupkan RM9,980 sebagai komitmen untuk menunaikan haji. Jika semua pendeposit TH buat simpanan sejumlah ini, jumlah deposit di TH akan bertambah dari sekarang.
Nota: Jumlah RM9,980 itu dgn subsidi TH yang sedia ada. Jika ia dikurangkan, maka jumlah itu akan jadi lebih.
3. Jika anda ingin mengekalkan nilai simpanan seiring inflasi, boleh kekal di TH. Inflasi sekitar 3%. Simpanan di TH sudah mencukupi untuk seiring inflasi.
4. Sekalipun TH hanya berikan keuntungan setanding FD, ia tetap ada kelebihan yang tidak ada pada FD;
-
- Simpanan di TH dijamin kerajaan 100% berbanding simpanan di FD hanya dijamin PIDM RM250,000
- Simpanan di TH tidak perlu lagi membayar zakat simpanan tapi simpanan di FD masih perlu membayar zakat simpanan
5. Jika anda rasa pulangan 2% ke 4% tidak memadai, boleh cari instrumen kewangan lain dan ia bergantung kepada jenis risiko yang ingin anda ambil.
6. Ada beberapa instumen kewangan yang dikira sangat-sangat rendah risiko malah boleh dikatakan tiada risiko wang anda berkurangan, seperti;
-
- ASB. Pulangan boleh cecah 6% dan perlu dizakatkan.
- SSPN. Ia instumen untuk mengumpul dana pendidikan. Boleh dapat lebih dari 4%
- AHB. Setahun 2 kali diumumkan dividen. Boleh cecah 6% setahun dan tidak perlu lagi bayar zakat, tapi tidak kompaun macam ASB, TH.
7. Instrumen di atas sesuai untuk simpanan. Jika rasa 6% -7% itu rendah, carilah pelaburan-pelaburan lain. Antara pelaburan yang boleh dibuat ialah;
-
- Unit Trust.
- Hartanah.
- Saham.
- Forex.
- Emas.
- Sukuk.
- Derivatives.
- ETF.
- ASB Financing.
- Dan macam-macam lagi.
Nota: Forex, tidak ada lagi yang patuh syariah utk pelabur di Malaysia.
8. Apabila sebut tentang pelaburan, ia takkan lari dari KOS & RISIKO. Ia bukan tentang pulangan semata-mata. Mempelbagaikan pelaburan dan konsisten melabur adalah strategi terrrrrbaik dalam pelaburan.
9. Pulangan daripada pelaburan boleh cecah berkali-kali ganda daripada simpanan biasa tadi. Ia boleh capai 10% ke 20% malah 100% pun tak mustahil apabila ia dimulakan dengan persediaan ilmu. Pastikan pilih yang patuh syariah.
10. Potensi 10% ke 100% datang dengan risiko 10% ke 100%. Berani tak ambil risiko seiring dengan potensi 10% ke 100% tadi? Tak berani ambil risiko? KEKAL sahaja di Tabung Haji. SIMPLE.
11. Sebarang tindakan mesti dengan rasional dan ilmu, bukan dengan sentimen. Jangan sampai kena game dengan skim cepat kaya atau kena game dengan sales idea misleading ejen-ejen produk kewangan.
12. Nak bebas risiko macam TH tapi untung 20% – 30% setahun? Sila pergi ke #nerakawang
Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.
Sumber dari
FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
FOLLOW & klik see first FB Afyan Mat Rawi & Channel Telegram t.me/AfyanIFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran