Takaful Haji VS Tabung Haji?

Takaful Haji VS Tabung Haji?

Dah nak masuk tahun 2020, masih ada ejen takaful guna sales idea macam ni.

Ejen takaful yg buat perbandingan sebegini, sama macam membandingkan antara nasi lemak degan timun.

Cuba bayangkan peniaga Nasi Lemak Anak Dara buat jadual perbandingan antara nasi lemak dengan timun.

Dalam jadual perbandingan, nasi lemak mempunyai semua ciri di bawah;

  1. Nasi – ADA
  2. Timun – ADA
  3. Sambal – ADA
  4. Telur – ADA
  5. Kacang – ADA
  6. Ikan Bilis – ADA

Manakala apabila dibuat perbandinagn dengan timun, maka semua ciri yg ADA pada nasi lemak jadi TIADA.

  1. Nasi – TIADA
  2. Timun – ADA
  3. Sambal – TIADA
  4. Telur – TIADA
  5. Kacang – TIADA
  6. Ikan Bilis – TIADA

Nampak tak betapa janggalnya perbandingan dibuat?

Unjuran pulangan yang dikira pun silap.

Jika pulangan purata TH 1.25% setahun, ia boleh menghasilkan RM52,000++ bukan statik RM45,000++ selama 25 tahun

Takaful Haji fungsi lain, Tabung Haji fungsi lain.

Total yuran wakalah tahun pertama maksima boleh cecah sehingga 90% jika produk tradisional.

Jadi, celah mana takaful haji jadi alternatif kepada Tabung Haji?

Produk takaful memang telus cuma kadang-kala dicemari oleh ejen-ejen yang misleading.

 

Sumber ari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Gambar dari Sinar Harian CEO TH memberitahu bahawa, hibah TH…