fbpx

Sebuah cerita tentang Yong Tau Foo

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 357Words
  • 195Views

Siapa suka makan yong tau foo?

Seingat saya, kali pertama saya kenal makanan ini masa sekolah rendah, tapi tak minat langsung sebab namanya yang ala-Cina, tak kena dengan selera saya.

Tambahan lagi, ketika di sekolah rendah, saya pernah bersekolah di SR(JK) yang majoriti pelajar Cina dan kali pertama nampak makanan ini dijual orang peniaga Cina.

Maaf, bukan rasis, tapi nak cerita betapa zaman budak-budak dulu, jika Cina akan sinonim dengan bukan Islam dan makanan tak halal. Macam-macam terbayang kalau nampak orang jual makanan ini.

Maaf sekali lagi…

Takdir Allah, benda yang kita tak suka itulah yang dekat dengan kita. Ketika di UIA, seorang roomate saya peminat makanan ini. Seperti biasa apabila tengok, agak “geli”, sebab mindset yang tertanam dari kecil.

Sekali tu, roomate ajak saya makan sekali. Entah macamana, boleh pula saya terima.

Sebaik sahaja makanan ini menyentuh lidah, rupa-rupanya ia sangat sedap! Lagi-lagi dimakan dengan kerangupan kangkung dan bijan. Saya tulis ni pun sambil kecur air liur…

Maafkanku yong tou foo. Selama ini daku banyak berangka buruk kepadamu…

Sejak dari itu, dari zaman bujang hingga zaman beranak-pinak, makanan ini antara pilihan sajian petang atau malam. Sekali sekala ke restoran steambot untuk menikmati bersama keluarga.

Paling kerap dan mudah, cari sahaja di pasar malam.

Tapi sepanjang PKP kali ini, pasar malam tak beroperasi jadi agak lama juga yong tou foo hilang dari radar juadah di dapur.. Pernah beli yang jenis frozen, tapi kuahnya kurang kick.

Nak dijadikan cerita beberapa minggu lepas nampak posting sahabat saya, Sdra Muhammad Azwan Mk berkongsi yong tau foo yang ditempah melalui Ustaz Abdul Halim Othman.

Terus kecur air liur saya lalu saya PM Ustaz Halim untuk buat tempahan, tapi sayangnya beliau hanya berniaga yong tau foo ini pada hujung minggu sahaja.

Aduh, melepas nak merasa makanannya kegemaran saya ni, pada waktu itu.

Tunggu hujung minggu, baru boleh tempah.

Hujung minggu lepas terus tempah set besar, minggu ini repeat lagi. Alhamdulillah, kuah pekat belikat, kena dengan selera saya..

Minggu lepas tempah satu set, tak cukup. Maka minggu ni tempah 2 set pula.

Siapa nak cuba, boleh hubungi nombor pada gambar atau terus PM ke FB Ustaz Halim

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sempena hari Arafah, saya kongsikan balik kenangan yang tak terlupakan…