fbpx

Sedekah secara konsisten & 1st class

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 297Words
  • 397Views

Dipetik dari FB Munyati Awanis

Sedekah secara konsisten dan kelas pertama (1st class)? Sebelum ni saya ada ajukan soalan pada posting pertama, tapi tiada yang maklum balas 😅.

Ada sedekah yang wajib didalam islam iaitu zakat. Manakala ada pula sedekah sunat yang sangat digalakkan disisi islam. Banyak dalil berkaitan sedekah di dalam Al-quran. Firman Allah Taala.

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman ! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim” ( al-Baqarah : 254 )

Apabila saya memasuki bidang perkhidmatan kewangan, saya mengetahui ada satu konsep tabarru'(derma) dalam takaful.

Bagaimana boleh berlaku konsep tabarru’ dalam takaful?

Dalam takaful, setiap peserta yang menyertai mana-mana perlindungan takaful akan memperuntukkan sebahagian atau keseluruhan daripada sumbangnya ke dalam satu tabung. Tabung tersebut dinamakan sebagai Tabung Risiko yang menempatkan derma terkumpul para peserta. Fungsi dana dalam tabung tersebut adalah untuk memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.

Sebagai contoh peserta A, menyumbang RM50 sebulan, setahun RM50X12 : RM600, Manakala ada lagi 10 peserta yang menyumbang, kita ambil setahun sumbangan : RM600X10: RM6000. maka sumbangan yang terkumpul adalah RM6000+ RM600 : RM6600.

Maka dengan, perjanjian akad yang telah termeterai pada awal tadi. yang mana setiap peserta telah berjanji untuk melakukan derma secara bulanan, atau setahun ke dalam tabung risiko. Jika berlaku musibah kepada mana-mana peserta. Pihak takaful dibenarkan untuk mengambil sejumlah tertentu untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.

Yang mana secara konsisten para peserta menyumbang atau derma didalam takaful, dan dikatakan “1st class” kerana para peserta tidak mengetahui siapa penerima sumbangan dari bahagiannya.

Munyati Awanis Mohd Hatta

INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ashraf Latīf https://www.facebook.com/benlatif/posts/pfbid0PXgxN9CybdbT2WoY3W7V18cWBcSJ5EcHgbdLtPt9w1TxkpAVRF9wJmn5BSUagVxRl Rangkuman isu riba dalam…