Semoga Terbuka Hati Untuk Mencarum Takaful
Tulisan ini diambil dari FB Tn Rashid Mohaimin. Semoga terbuka hati untuk mencarum Takaful.
Kasih Sayang
—————
Pelbagai cara boleh digunakan untuk tunjuk kasih sayang kepada orang yang dikasihi. Contohnya bagi bunga, bagi cokelat, bagi beg, bagi kasut dan macam-macam lagi.
Rasanya tak salah kalau tunjukkan kasih sayang dengan menghibahkan jumlah setara dengan gaji kita 10 tahun.
Kalaupun tidak mempunyai “cash money” dalam tangan sekarang, sekurang-kurangnya ambillah perlindungan takaful bersamaan jumlah tersebut. Kita tak tau bila akan pergi. Tapi mati itu pasti.
Dengan adanya perlindungan takaful sekurang-kurangnya dapatlah melahirkan rasa lega kepada ahli keluarga. Terutama sekali untuk “bread winner” dalam keluarga tersebut.
Mungkin caruman untuk jumlah 10 tahun gaji terlalu banyak bagi yang sudah berumahtangga dan ada anak. Bolehlah buat caruman untuk jumlah bersamaan 5 tahun gaji dahulu. Akan datang rezeki bertambah bolehlah tambah jumlah tersebut.
Kepada “bread winner” di luar sana saya doakan agar terbuka hati untuk mencarum takaful walaupun sedikit. Biar kita tinggalkan sedikit sumbangan untuk ahli keluarga setelah kita tiada. Kita tidak tahu apa akan jadi esok hari.
Sekian.
.
Mohd Nur Rashid Ns
INFAQ Consultancy.
“Plan Your Wealth, Change Your Life”
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran