fbpx

Guna 2 Prinsip Asas Ini Untuk Selamat Dari Scam

“Emollient dan Expasset Malaysia nih scam or x?”

“Tuan boleh siasat Vbdata adakah scemcer”

“Assalam. Sy ada tgk video saudara di ml studio. Apa pendapat bro, tentang affiliate junction?”

“salam tuan afyan, tuan sbg pakar dlm bidang tersendiri, nak tny pdpt tuan ttg amway”

“saya nak bertanya berkenaan pelaburan di Ace Holding tuan. pernah dengar ACE holding x tuan.”

“adakah ini scammer ??” (disertakan mesej panjang lebar pasal satu program)

“Ini scam ke? Kazaza Group”

“Salam tuan… Mohon pandangan psl DPEIN… Scam ada bukan… Tqvm…”

Minta maaf kepada rakan-rakan yang menghantar mesej di atas.

Saya memang tak menang tangan kalau saya respon satu per satu.

Saya bukan penyiasat scammer utk buat siasatan ke atas semua skim yang ditanya.

Gunakan 2 prinsip di bawah, InsyaAllah semua selamat dunia akhirat.

1. Semua skim yang menawarkan peluang bisnes dan pelaburan adalah scam dan merugikan kecuali dibuktikan sebaliknya.

2. Jangan melabur pada perkara yang kita tidak tahu, tidak konfiden dan was-was.

“Cukuplah aku tinggalkan kepada kalian dua pesanan kewangan ini. Jika kalian berpegang teguh kepada kedua-duanya, nescaya kalian akan selamat dari sontotan dunia dan akhirat” – Afyan, 2019.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com